Home / Regular Issue / JST Vol. 29 (2) Jun. 2021 / JSSH-7744-2020

 

Kesusasteraan Melayu dan Persuratan Baru: Satu Pengamatan Kritis Tentang Sambutan Kesarjanaan

Nudra Shafini Halis Azhan, Mohd. Zariat Abdul Rani dan Salmah Jan Noor Muhammad

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 29, Issue 2, June 2021

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.29.2.37

Keywords: Kesusasteraan Melayu moden, Mohd. Affandi Hassan, Persuratan Baru, sejarah dan tradisi sastera, tradisi persuratan Melayu

Published on: 28 June 2021

Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mendapati adanya dua kutub pandangan umum tentang gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan. Kutub yang pertama cenderung menerima Persuratan Baru sebagai sebuah gagasan pemikiran sastera yang berasaskan Islam. Manakala, kutub yang kedua pula dilihat kurang menyenangi Persuratan Baru kerana terlalu keras dalam mengkritik kesusasteraan Melayu moden. Walau bagaimanapun kedua-dua kutub pandangan ini lebih bersifat umum dan diasaskan pada pendapat serta pengalaman peribadi. Hal ini mengundang penelitian ilmiah terhadap “sambutan kesarjanaan”, iaitu penemuan dan penilaian yang diberikan oleh para sarjana serta pengkaji dalam bentuk tulisan-tulisan ilmiah terhadap Persuratan Baru. Lanjutan permasalahan di atas, kajian ini menggariskan tiga objektif untuk dicapai. Pertama, mengenalpasti idea-idea utama berkaitan Persuratan Baru yang dibincangkan dalam kajian-kajian ilmiah yang dikaji. Kedua, mengorganisasi kajian-kajian ilmiah yang dikaji berdasarkan fokus perbahasannya. Ketiga, merumuskan pencapaian Persuratan Baru sebagai sebuah gagasan pemikiran sastera berdasarkan sambutan kesarjanaan yang diberikan oleh para sarjana dan pengkaji. Kajian ini menerapkan pendekatan analisis teks bagi meneliti sembilan buah kajian ilmiah mengenai Persuratan Baru. Hasil analisis mendapati bahawa Persuratan Baru menerima sambutan kesarjanaan yang meliputi pengenalannya sebagai sebuah gagasan pemikiran, perbincangan mengenai sumbangannya dalam konteks sejarah dan tradisi sastera Melayu moden, perbahasan mengenainya sebagai kerangka analisis teks sastera, dan perbandingannya dengan tradisi sastera yang lain. Sambutan kesarjanaan ini dengan sendirinya memantapkan lagi korpus kesarjanaan mengenai Persuratan Baru, khususnya memperluaskan lagi sempadan bagi usaha-usaha penyelidikan dan kesarjanaan yang selanjutnya.

  • A. Halim Ali. (2018). Inti sari teori sastera Barat dan Malaysia. NHA Excell Resources.

  • A. Rahim Abdullah. (2005a, 13 November). Adakah bangsa dalam sastera dan bahasa kita?, Mingguan Malaysia, 31.

  • A. Rahim Abdullah. (2005b, 18 Disember). Affandi keliru tradisi ilmu. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.html

  • Abdullah Tahir. (1995, 21-25 Ogos). Novel-novel Mohd. Affandi Hassan: Meneliti kemungkinan penerapan konsep “Persuratan Baru Melayu” [Kertas kerja pembentangan]. Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Adli Yaacob. (2007). Satu analisis ringkas konsep dan teori sastera Islam di Malaysia. Islamiyyat, 29, 3-34.

  • al-Dihlawi, S. W. A. (1996). The conclusive argument from God (M. K. Hermansen, Ptrj.). E. J. Brill. (Terbitan asal pada 1286)

  • Mohd. Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir, & Mohd. Zariat Abdul Rani. (2008). Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan penerapan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Mohd. Affandi Hassan. (1989). Pemikiran dan pendekatan dalam kritikan sastera Melayu moden. Dlm. Kesusasteraan Melayu: Mitos dan realiti (hlm. 68-122). Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Mohd. Affandi Hassan. (1992). Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Mohd. Affandi Hassan. (1994a). Medan-medan dalam sistem persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Mohd. Affandi Hassan. (1994b). Mengapa saya menulis Aligupit. Dewan Sastera, 9-11.

  • Mohd. Affandi Hassan. (1997). Pujangga Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

  • Mohd. Affandi Hassan. (2011, 28 Jun). Gagasan Persuratan Baru sebagai kayu ukur dalam penilaian karya kreatif dan analisis akademik (satu kritikan buku). Blog Gagasan Persuratan Baru. http://pbaru.blogspot.com/2011/06/gagasan-persuratan-baru-sebagai-kayu.html

  • Mohd. Zariat Abdul Rani. (2004). Seksualiti dalam novel Melayu: Satu analisis teks berdasarkan Persuratan Baru [Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia].

  • Mokhtar Sani Abdullah. (2002, 26 Jun). Idea Affandi Hassan jatuhkan penulis besar. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm

  • Rahmah Ahmad H. Osman, & Mohd. Shahrizal Nasir. (2011). Sastera Islam: Satu perbandingan antara pandangan Mohd. Affandi Hassan dengan Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi. Jurnal e-Utama, 3, 1-40.

  • Shafie Abdullah. (2006, 19 Februari). Duri dalam sastera Melayu moden. Utusan Online. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

  • Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2003). “Mohd. Affandi Hassan’s notion of Persuratan Baru (“Genuine Literature”): A preliminary exploration”. Dlm. Ungku Maimunah Mohd. Tahir, Readings in modern Malay literature (hlm. 242-256). Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2009). Dinamika pemikiran sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2012). Kritikan sastera Melayu: Antara cerita dengan ilmu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Wan Ahmad Fahysal. (2009, 31 Mei). Sehari bersama orang-orang sastera dan polemik Gagasan Persuratan Baru. Rausyanfikir. https://rausyanfikirblog.wordpress.com/2009/05/31/sehari-bersama-orang-orang-sastera-dan-polemik-gagasan-persuratan-baru/

  • Zawiah Yahya. (2010). Reading approaches in Malay literature: Critical theory in the making. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH-7744-2020

Download Full Article PDF

Share this article

Related Articles