Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Benteng Konseptual Menangani Radikalisme Agama Demi Keharmonian di Malaysia
English titleThe Discourse of Ahl al-Sunnah wal Jamaah as a Conceptual Bulwark against Religious Radicalism for Harmony in Malaysia
Abstract
Radikalisme agama merupakan ancaman yang memberi kesan kepada keselamatan dan keharmonian sosial, namun proses radikalisasi sendiri bersifat pelbagai faktor dan tidak boleh diterangkan melalui satu dimensi semata-mata. Kajian konseptual kualitatif ini bertujuan meneroka peranan wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan Asyairah-Maturidiyyah sebagai salah satu benteng konseptual terhadap radikalisme agama di Malaysia. Analisis dokumen tematik dilaksanakan terhadap tiga kategori sumber, iaitu karya teologi yang menghuraikan prinsip Asyairah-Maturidiyyah, penulisan dan dokumen yang berkaitan dengan konteks keagamaan Malaysia, serta kajian empirikal dan analisis propaganda ekstremis. Kesahan konseptual diperkukuh melalui pemetaan silang antara prinsip teologi, mekanisme kognitif radikalisasi dan konteks penerapan, di samping triangulasi sumber dan jejak audit analitik. Dapatan mengenal pasti empat prinsip teras, iaitu keseimbangan wahyu dan akal, disiplin memahami nas, penghormatan terhadap autoriti ilmu, dan sikap berhati-hati dalam takfir. Secara konseptual, prinsip-prinsip ini berpotensi mengehadkan literalisme rigid, takfirisme, delegitimasi autoriti keilmuan dan pemikiran dwi-kutub yang boleh dieksploitasi oleh naratif ekstremis. Berdasarkan sintesis tersebut, kajian mencadangkan Model Pencegahan Radikalisme Kognitif-Teologi ASWAJA sebagai kerangka pelengkap kepada pendekatan keselamatan dan sosio-psikologi. Model ini belum diuji secara empirikal; oleh itu, sumbangannya pada tahap ini ialah menyediakan kerangka operasional untuk pembangunan modul pendidikan, dakwah digital dan pemulihan yang seterusnya perlu melalui pengesahan pakar serta pengujian lapangan.
Religious radicalism is a threat to security and social harmony, yet radicalisation itself is multifactorial and cannot be explained along a single dimension. This qualitative conceptual study explores the role of the Ahl al-Sunnah wal Jamaah discourse, grounded in the Ash'ari-Maturidi tradition, as one conceptual bulwark against religious radicalism in Malaysia. A thematic document analysis was carried out on three categories of source: theological works expounding Ash'ari-Maturidi principles, writings and documents on the Malaysian religious context, and empirical studies and analyses of extremist propaganda. Conceptual validity was strengthened by cross-mapping theological principles, the cognitive mechanisms of radicalisation and the context of application, together with source triangulation and an analytical audit trail. The findings identify four core principles: the balance of revelation and reason, discipline in understanding the texts, respect for scholarly authority, and caution in takfir (declaring others unbelievers). Conceptually, these principles can limit rigid literalism, takfirism, the delegitimisation of scholarly authority and the binary thinking that extremist narratives exploit. From this synthesis the study proposes an ASWAJA Cognitive-Theological Model for the Prevention of Radicalism as a framework complementary to security and socio-psychological approaches. The model has not yet been tested empirically; its contribution at this stage is an operational framework for developing educational, digital dakwah and rehabilitation modules, which must then undergo expert validation and field testing.
Affiliations
- 1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
- Editors
- Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
- Chapter
- 6
- Pages
- 94–114
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114408


