Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

Metode Penggunaan Bahasa Dan Tulisan Dalam Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba Karangan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

English titleThe Use of Language and Script in Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba by Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

Yaakob, Razi1, Mohd, Hasanulddin2, Mohd Razali, A’Tarahim3, Ibrahim, Abdul Qahhar4, Daud, Khiral Anuar5

Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat 29 October 2026 Pages 173–192
KeywordsMetode bahasa dan tulisan; Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba; Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas
Keywords (English)Language and script methods; Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba; Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Penggunaan bahasa dan tulisan merupakan elemen penting dalam penyampaian ilmu kerana kedua-duanya menentukan kejelasan, ketepatan dan keberkesanan sesuatu karya kepada khalayak sasaran. Salah satu karya penting dalam tradisi keilmuan Islam di Alam Melayu ialah Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba yang dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Mufti Terengganu yang pertama, pada awal abad ke-19 Masihi. Kitab ini menjadi antara rujukan awal dalam bidang fiqh muamalat, khususnya berkaitan hukum jual beli dan riba. Walaupun karya ini mempunyai nilai sejarah dan keilmuan yang signifikan, penelitian terhadap metode penggunaan bahasa dan tulisan yang diaplikasikan oleh pengarang masih terhad. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis metode penggunaan bahasa dan tulisan dalam Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba, di samping memberikan gambaran ringkas tentang kandungan karya tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen terhadap sumber primer dan sekunder yang berkaitan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti ciri-ciri bahasa dan tulisan yang digunakan dalam karya berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utama penulisan, manakala ayat al-Quran, hadis dan beberapa istilah tertentu dikekalkan dalam bahasa Arab bagi mengekalkan ketepatan makna dan autoriti sumber. Dari aspek penulisan, karya ini menggunakan tulisan Jawi klasik yang masih dapat dibaca dan difahami pada masa kini. Analisis turut mengenal pasti penggunaan beberapa unsur dialek Patani dan Terengganu yang mencerminkan latar sosiolinguistik pengarang serta tradisi penulisan ulama Melayu pada zamannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan bahasa dan tulisan dalam Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba memperlihatkan usaha pengarang menyesuaikan penyampaian ilmu fiqh dengan tahap kefahaman masyarakat Melayu tanpa mengabaikan tradisi keilmuan Islam yang berteraskan sumber-sumber Arab. Dapatan ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan bahasa Melayu, tulisan Jawi dan tradisi kepengarangan ulama di Alam Melayu.

English

Language and script are important elements in conveying knowledge because both determine how clear, precise and effective a work is for its intended readers. One important work in the Islamic scholarly tradition of the Malay world is Risalah fi Bayan Hukm al-Bay‘ wa al-Riba by Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, the first Mufti of Terengganu, written in the early nineteenth century. The work is among the earliest references in fiqh muamalat (Islamic commercial law), particularly on the rulings on sale and riba (usury). Despite its significant historical and scholarly value, research on the author's use of language and script remains limited. This study therefore analyses the use of language and script in the Risalah and gives a brief overview of its contents. It uses a qualitative approach with document analysis of the relevant primary and secondary sources, and the data were analysed by content analysis to identify the features of language and script in the work. The findings show that the author used Malay as the main medium of writing, while Quranic verses, hadith and certain terms were kept in Arabic to preserve precision of meaning and the authority of the sources. The work is written in classical Jawi script that can still be read and understood today. The analysis also identifies elements of the Patani and Terengganu dialects that reflect the author's sociolinguistic background and the writing tradition of Malay scholars of his time. The study concludes that the language and script of the Risalah show the author's effort to adapt the teaching of fiqh to the understanding of Malay society without neglecting an Islamic scholarly tradition rooted in Arabic sources. The findings contribute to a deeper understanding of the development of Malay, Jawi script and the authorial tradition of scholars in the Malay world.

Contributors

Affiliations

  1. 1Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, UniSZA
  2. 2Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, UniSZA
  3. 3Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
  4. 4Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
  5. 5Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
Publication record

Bibliographic details

Book
Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
Editors
Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
Chapter
10
Pages
173–192
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114408