Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 2 · Pertanika Book Series

Menilai Semula Keberkesanan Model i-Pulih: Suara Klien dan Pengamal Pemulihan

English titleRe-evaluating the Effectiveness of the i-Pulih Model: The Voices of Clients and Rehabilitation Practitioners

Paramjit Singh Jamir Singh1, Ahmad Nazir Long2, Mohd Syaiful Nizam Abu Hassan3, Saralah Devi Mariamdaran Chethiyar4,5

Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif 29 October 2026 Pages 21–40
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Keberkesanan sesuatu model rawatan dan pemulihan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kewujudan modul, jumlah aktiviti yang dijalankan atau bilangan klien yang menamatkan program. Penilaian yang lebih bermakna perlu melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan individu selepas mengikuti intervensi. Dalam konteks Model i-Pulih, perkara ini sangat penting kerana model tersebut dibangunkan untuk menangani masalah penggunaan dadah melalui pendekatan yang menyeluruh. AADK menetapkan i-Pulih sebagai panduan utama bagi program rawatan dan pemulihan di institusi dan komuniti dengan memberi perhatian kepada aspek fizikal, psikologi, sosial dan spiritual. Pada tahun 2024, AADK turut mengekalkan pengukuhan program rawatan dan pemulihan berdasarkan i-Pulih melalui pendekatan biopsikososial-spiritual sebagai salah satu hala tuju strategiknya (Agensi Antidadah Kebangsaan [AADK], 2024). Pendekatan pembangunan sosial yang kompleks turut memerlukan penelitian terhadap halangan inovasi pada peringkat organisasi dan pelaksanaan (Singh, Oke, et al., 2023).
Walaupun asas Model i-Pulih bersifat menyeluruh, pengalaman klien dan pengamal pemulihan memberikan gambaran yang lebih dekat tentang bagaimana model tersebut berfungsi dalam keadaan sebenar. Kajian Azizul et al. (2022) terhadap klien methamphetamine di PUSPEN Tampin menunjukkan bahawa i-Pulih mempunyai potensi meningkatkan efikasi kendiri dan interaksi sosial. Namun kajian tersebut melibatkan kumpulan peserta yang kecil dan memberi tumpuan kepada pengalaman dalam institusi. Kajian Singh et al. (2023) yang melibatkan 17 pegawai pemulihan dan 45 pengguna dadah dalam program pemulihan berasaskan komuniti pula menunjukkan bahawa peserta secara umum melihat program AADK sebagai bermanfaat tetapi masih mengenal pasti kelemahan berkaitan sumber manusia, kesesuaian program, sokongan keluarga, kesihatan mental dan stigma selepas rawatan. Kedua-dua kajian menunjukkan bahawa keberkesanan i-Pulih bukan persoalan sama ada model itu baik atau tidak. Persoalan yang lebih penting ialah sejauh mana kekuatan yang terdapat dalam kerangka model dapat diterjemahkan secara konsisten kepada pengalaman sebenar klien. Keperluan memahami pengalaman pengguna perkhidmatan juga selari dengan kajian sosial lain yang menekankan peranan individu, keluarga dan sistem sokongan (Azman et al., 2020; Jamir Singh et al., 2023).

English

The effectiveness of a treatment and rehabilitation model cannot be judged only by the existence of modules, the number of activities run or the number of clients who complete a programme. A more meaningful evaluation looks at the changes in individuals' lives after the intervention. This matters greatly for the i-Pulih Model, which was developed to address drug use through a comprehensive approach. The National Anti-Drugs Agency (AADK) set i-Pulih as the main guide for treatment and rehabilitation programmes in institutions and the community, attending to physical, psychological, social and spiritual aspects. In 2024 AADK retained the strengthening of i-Pulih-based treatment and rehabilitation through a biopsychosocial-spiritual approach as one of its strategic directions (National Anti-Drugs Agency [AADK], 2024). Complex social development approaches also require attention to barriers to innovation at the organisational and implementation levels (Singh, Oke, et al., 2023).
Although the basis of the i-Pulih Model is comprehensive, the experience of clients and practitioners gives a closer picture of how it works in practice. Azizul et al. (2022), studying methamphetamine clients at PUSPEN Tampin, found that i-Pulih has the potential to improve self-efficacy and social interaction, but the study involved a small group and focused on institutional experience. Singh et al. (2023), involving 17 rehabilitation officers and 45 drug users in community-based rehabilitation, found that participants generally saw AADK programmes as beneficial but still identified weaknesses in human resources, programme fit, family support, mental health and post-treatment stigma. Both studies show that the question is not whether i-Pulih is a good model. The more important question is how far the strengths of its framework are translated consistently into clients' actual experience. The need to understand service users' experience also accords with other social research stressing the roles of the individual, the family and support systems (Azman et al., 2020; Jamir Singh et al., 2023).

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  2. 2Bahagian Rawatan, Pemulihan dan Perubatan, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  3. 3Pusat Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
  4. 4Program Psikologi Dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia 06010, Sintok, Kedah, Malaysia
  5. 5Vel Tech Rangarajan Dr. Sagunthala R and D Institute of Science and Technology, Avadi, Chennai, 600062, India
Publication record

Bibliographic details

Book
Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
Editors
Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
Chapter
2
Pages
21–40
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114590