FIKSYEN SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN ILMU: LIBATSAMA UNIVERSITI - KOMUNITI
English titleFiction as a Medium for Disseminating Knowledge: University–Community Engagement
Abstract
Universiti merupakan institusi yang bertanggungjawab menghasilkan, mengembangkan dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Secara tradisinya, kecemerlangan akademik diukur secara tegar menerusi penerbitan jurnal berwasit, buku ilmiah dan laporan penyelidikan saintifik yang bersandarkan metodologi sistematik serta bukti empirikal (Boyer, 1990). Namun landskap pendidikan tinggi abad ke-21 menuntut anjakan paradigma perlu dilakukan apabila universiti tidak lagi boleh dinilai semata-mata berdasarkan kuantiti makalah akademik tetapi sejauh mana ilmu tersebut mampu diterjemahkan sebagai manfaat nyata yang dapat dirasai oleh masyarakat awam (Brew, 2013).
Transformasi global ini melahirkan keperluan mendesak terhadap agenda kesarjanaan awam (public scholarship), penggemblengan ilmu (knowledge mobilisation) dan pemindahan ilmu (knowledge translation). Tujuannya adalah untuk memastikan hasil penyelidikan bergerak keluar daripada lingkaran komuniti elit akademik kepada masyarakat (Brownson et al., 2018; Ward et al., 2009). Walau bagaimanapun, gaya penulisan akademik konvensional yang kerap menggunakan sudut pandangan orang ketiga, bersifat didepersonalisasi, kaku dan sarat jargon teknikal secara tidak langsung mengekang aksesibiliti tersebut (Kitchin, 2020). Akibatnya, rantaian pemindahan ilmu terputus kerana data-data penyelidikan gagal diterjemahkan ke dalam bentuk penceritaan yang berhubung dengan realiti sosial khalayak.
Universities are responsible for producing, developing and disseminating knowledge to society. Traditionally, academic excellence has been measured strictly by refereed journal articles, scholarly books and scientific research reports based on systematic methodology and empirical evidence (Boyer, 1990). The higher education landscape of the twenty-first century, however, demands a paradigm shift: universities can no longer be judged solely by the number of academic papers but by how far their knowledge is translated into real benefits felt by the public (Brew, 2013).
This global transformation has created an urgent need for public scholarship, knowledge mobilisation and knowledge translation, so that research findings move out of the circle of the academic elite and into society (Brownson et al., 2018; Ward et al., 2009). Yet conventional academic writing, often in the third person, depersonalised, rigid and laden with technical jargon, indirectly limits that accessibility (Kitchin, 2020). As a result, the chain of knowledge transfer is broken, because research data fail to be translated into stories that connect with the social reality of their audience.
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 5
- Pages
- 83–115
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


