BAHASA SEBAGAI ASAS LITERASI DIGITAL DALAM KALANGAN WARGA EMAS: SATU MODEL KONSEPTUAL BERASASKAN REFLEKSI #ProjekBFF
English titleLanguage as the Foundation of Digital Literacy among Older People: A Conceptual Model Based on Reflections on #ProjekBFF
Abstract
Transformasi digital telah mengubah secara menyeluruh cara masyarakat berkomunikasi, bekerja, belajar dan mengakses pelbagai perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Telefon pintar yang dahulunya berfungsi sebagai alat komunikasi kini menjadi pintu masuk utama kepada ekosistem digital yang merangkumi perbankan dalam talian, pembayaran tanpa tunai, perkhidmatan kesihatan, urusan kerajaan, pembelajaran, media sosial dan hiburan. Di Malaysia, pelaksanaan pelbagai inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dan sektor swasta telah mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam hampir semua aspek kehidupan, menjadikan keupayaan menggunakan telefon pintar sebagai satu keperluan asas untuk mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat digital.
Dalam konteks ini, warga emas merupakan antara kumpulan yang paling terkesan dengan perubahan tersebut. Peningkatan jangka hayat dan pertambahan populasi warga emas di Malaysia menjadikan isu penuaan aktif dan keterangkuman digital semakin mendapat perhatian dalam agenda pembangunan negara. Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan Malaysia akan mencapai status negara menua menjelang 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara (DOSM, 2024). Pelbagai program latihan dan intervensi telah diperkenalkan oleh agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan organisasi masyarakat bagi membantu warga emas meningkatkan kemahiran menggunakan telefon pintar, media sosial, aplikasi perbankan digital serta perkhidmatan dalam talian. Matlamatnya adalah mengurangkan jurang digital dan memastikan warga emas tidak tercicir daripada arus transformasi digital.
Digital transformation has changed comprehensively how people communicate, work, learn and access services in daily life. The smartphone, once a communication device, is now the main gateway to a digital ecosystem that includes online banking, cashless payment, health services, government transactions, learning, social media and entertainment. In Malaysia, digitalisation initiatives by the government and the private sector have accelerated the use of digital technology in almost every aspect of life, making the ability to use a smartphone a basic requirement for active participation in a digital society.
Older people are among the groups most affected by these changes. Rising life expectancy and a growing older population in Malaysia have brought active ageing and digital inclusion increasingly onto the national development agenda. The Department of Statistics Malaysia expects Malaysia to become an ageing nation by 2030, when people aged 60 and over will exceed 15 per cent of the population (DOSM, 2024). Government agencies, higher education institutions and community organisations have introduced training programmes and interventions to help older people improve their skills with smartphones, social media, digital banking applications and online services, with the aim of narrowing the digital divide and ensuring that older people are not left behind by digital transformation.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 6
- Pages
- 116–133
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


