FAKTOR INDIVIDU DAN ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN WANITA DALAM PEMBUATAN KEPUTUSAN DI SEKTOR AWAM MALAYSIA
English titleIndividual and Organisational Factors Influencing Women's Involvement in Decision-Making in the Malaysian Public Sector
Abstract
Penglibatan wanita dalam pembuatan keputusan telah menunjukkan perubahan yang signifikan di sektor awam Malaysia. Semenjak dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuatan keputusan diperkenalkan pada 24 Ogos 2004, pelbagai usaha dan strategi telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai kuota tersebut. Menurut Laporan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2024), sehingga 31 Disember 2023, kuota wanita telah mencapai 42 peratus bersamaan dengan 933 orang penjawat awam yang memegang jawatan sebagai pembuat keputusan di Gred JUSA C dan ke atas, dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pendidikan, kesihatan, kewangan dan profesional. Hal ini seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang mempunyai kelulusan tinggi, peluasan peluang pekerjaan serta pelaksanaan pelbagai dasar yang menyokong kesaksamaan gender. Jabatan Perangkaan Malaysia (2026) juga merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita di paras tertinggi iaitu 56.6 peratus, namun kadar ini masih rendah berbanding lelaki iaitu sebanyak 83.3 peratus dan peningkatan penglibatan wanita ini sebenarnya masih belum diterjemahkan kepada penglibatan yang setara dalam jawatan pembuat keputusan tertinggi.
Terdapat banyak kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa peningkatan penglibatan wanita dalam kepimpinan menunjukkan hasil yang positif dan signifikan dalam aspek inovasi, prestasi kewangan, budaya organisasi, komunikasi, amalan beretika (Kalbarczyk et al., 2025), meningkatkan keberkesanan organisasi melalui kemajuan prestasi (Hoobler et al., 2018) dan diversiti gender dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan inovasi (Organisation for Economic Co-operation and Development, 2025).
Women's involvement in decision-making has changed significantly in the Malaysian public sector. Since the policy of at least 30 per cent women at decision-making level was introduced on 24 August 2004, the government has implemented various efforts and strategies to reach that quota. According to the Public Service Department of Malaysia Report (2024), as at 31 December 2023 the share of women had reached 42 per cent, equivalent to 933 public servants holding decision-making posts at JUSA C grade and above, in fields such as administration, education, health, finance and the professions. This is in line with the increasing number of highly qualified women, wider employment opportunities and the implementation of policies that support gender equality. The Department of Statistics Malaysia (2026) also records women's labour force participation at its highest level, 56.6 per cent, yet this remains low compared with men's 83.3 per cent, and the rise in women's participation has not yet translated into equal involvement in the highest decision-making posts.
Many earlier studies show that greater involvement of women in leadership has positive and significant outcomes for innovation, financial performance, organisational culture, communication and ethical practice (Kalbarczyk et al., 2025), improves organisational effectiveness through better performance (Hoobler et al., 2018), and that gender diversity can improve the quality of public services and innovation (Organisation for Economic Co-operation and Development, 2025).
Affiliations
- 1Bahagian Pengajian Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
- 2Bahagian Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 7
- Pages
- 134–162
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


