PENGETAHUAN, PENERIMAAN DAN STRATEGI DAYA TINDAK IBU BAPA APABILA ANAK DIDIAGNOS SEBAGAI KURANG UPAYA (BREAKING NEWS)
English titleParents' Knowledge, Acceptance and Coping Strategies When a Child Is Diagnosed with a Disability (Breaking News)
Abstract
Kelahiran anak dengan kecacatan atau kurang upaya merupakan suatu perkara yang di luar jangkaan ibu bapa dan merubah dinamik keluarga. Reichman, Corman dan Noonan (2008) berpendapat bahawa memiliki anak kurang upaya memberi kesan mendalam serta mempengaruhi kefungsian sosial ibu bapa dan ahli keluarga. Berdasarkan sistem perundangan Malaysia, ketidakupayaan kanak-kanak merujuk kepada Orang Kurang Upaya (OKU) atau anak istimewa yang berumur bawah 18 tahun. Kanak-kanak OKU terdiri daripada pelbagai kategori iaitu masalah fizikal, mental, pembelajaran, pendengaran dan penglihatan (UNICEF, 2017). Akta Orang Kurang Upaya (2008) mendefinisikan person with disabilities atau orang kurang upaya (OKU) sebagai individu yang berhadapan dengan kekangan atau ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, sensori dan intelaktual untuk berinteraksi dan berfungsi secara efektif dalam sistem sosial.
Berdasarkan intipati Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) yang diadakan pada tahun 2010, menganggap kecatatan atau OKU bukan sahaja melibatkan elemen biologi dan sosial malah turut berlaku pada tiga tahap iaitu penurunan fungsi atau struktur badan, keterbatasan dalam melakukan aktiviti serta sekatan penyertaan, seperti pengecualian dari sekolah dan berkembang secara holistik. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (2022) pendaftaran OKU sehingga 31 Disember 2022 menunjukkan peningkatan daripada 148,013 pada tahun 2021 keypad 149,838 tahun 2022. Jadual 9.1 di bawah menunjukkan jumlah pendaftaran OKU sehingga 31 Disember 2022 mengikut kategori OKU dan kumpulan umur.
The birth of a child with a disability is beyond parents' expectations and changes the dynamics of the family. Reichman, Corman and Noonan (2008) argue that having a child with a disability has a profound effect on the social functioning of parents and family members. Under Malaysian law, disability in children refers to Persons with Disabilities (OKU) or children with special needs under the age of 18. Children with disabilities fall into several categories: physical, mental, learning, hearing and visual (UNICEF, 2017). The Persons with Disabilities Act (2008) defines persons with disabilities (OKU) as individuals with physical, mental, sensory or intellectual impairments that limit their ability to interact and function effectively in the social system.
In the spirit of the Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) of 2010, disability is regarded not only as involving biological and social elements but as occurring at three levels: impairment of body function or structure, limitation of activity, and restriction of participation, such as exclusion from school and from holistic development. Department of Social Welfare (2022) statistics show that OKU registrations rose from 148,013 in 2021 to 149,838 by 31 December 2022. Table 9.1 below shows the number of OKU registrations as at 31 December 2022 by category and age group.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
- Editors
- Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
- Chapter
- 9
- Pages
- 178–203
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114590


