Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di Malaysia: Mencapai Sistem Kesihatan Integratif

English titleTraditional and Complementary Medicine (T&CM) in Malaysia: Towards an Integrative Health System

Shariffah Suraya Syed Jamaludin

Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif 29 October 2026 Pages 204–219
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di Malaysia telah lama bertapak dan menjadi sebahagian daripada fabrik sosiobudaya masyarakat pelbagai etnik. Sebelum pengenalan sistem perubatan moden (Allopatik) oleh pihak kolonial Barat, masyarakat tempatan telah bergantung sepenuhnya kepada amalan penyembuhan berasaskan pengetahuan tempatan, herba, dan kepercayaan agama mahupun budaya. Apabila sains perubatan moden berkembang pesat, kewujudan PT&K tidak terus hilang, sebaliknya kekal relevan sebagai pilihan rawatan sampingan bagi pelbagai lapisan masyarakat. Bab dalam buku ini membincangkan pola kegunaan, faktor pendorong penerimaan masyarakat, serta perkembangan institusi dan perundangan PT&K, khususnya melalui penggubalan Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016 (Akta 775). Di samping mencatatkan sumbangan ekonomi yang signifikan dan integrasi berperingkat ke dalam sektor kesihatan awam, analisis ini diperkukuhkan menerusi kerangka teori kestabilan budaya, keberlanjutan sosial, dan penggunaan sumber semula jadi bagi meletakkan PT&K dalam perspektif kesejahteraan rakyat secara holistik. Cabaran seperti kekurangan standardisasi global, jurang kawal selia produk mentah, dan aspek komunikasi antara profesional turut dikenal pasti. Usaha strategik yang berterusan amat diperlukan bagi memantapkan sistem kesihatan integratif di Malaysia.
Malaysia mempunyai salah satu sumber pelancongan iklim semula jadi, sosio-ekonomi, budaya dan sejarah yang tersendiri. Kepelbagaian dalam sistem perubatan tradisional di Malaysia mencerminkan kepelbagaian populasi Melayu, Cina, India dan peribumi. Malaysia terkenal dengan Perubatan Tradisional Melayu, Amalan Pengubatan Islam, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India, Kiropraktik, Osteopati, dan Homeopati. Boleh dikatakan perubatan tradisional dan komplementari merupakan salah satu warisan budaya rakyat Malaysia yang amat bernilai dan kaya yang mencerminkan kepelbagaian budaya dan tradisi mereka (Jamaludin et al., 2024; Jamaludin & Aloysius, 2019; Zaki & Hussin, 2019).

English

Traditional and Complementary Medicine (T&CM) has long been established in Malaysia and is part of the socio-cultural fabric of its multi-ethnic society. Before Western colonial powers introduced modern (allopathic) medicine, local communities relied entirely on healing practices based on local knowledge, herbs and religious or cultural beliefs. As modern medical science advanced rapidly, T&CM did not disappear but remained relevant as a complementary treatment option for many sections of society. This chapter discusses patterns of use, the factors behind public acceptance and the institutional and legal development of T&CM, particularly through the Traditional and Complementary Medicine Act 2016 (Act 775). Besides noting its significant economic contribution and its gradual integration into the public health sector, the analysis draws on theoretical frameworks of cultural stability, social sustainability and the use of natural resources to place T&CM within a holistic perspective on people's well-being. Challenges such as the lack of global standardisation, regulatory gaps for raw products and communication between professionals are also identified. Continued strategic effort is needed to strengthen an integrative health system in Malaysia.
Malaysia has its own natural, socio-economic, cultural and historical resources for tourism. The diversity of traditional medicine systems in Malaysia reflects its Malay, Chinese, Indian and indigenous populations. Malaysia is known for Traditional Malay Medicine, Islamic Medical Practice, Traditional Chinese Medicine, Traditional Indian Medicine, Chiropractic, Osteopathy and Homeopathy. Traditional and complementary medicine can be said to be one of the most valuable and rich parts of Malaysia's cultural heritage, reflecting the diversity of its cultures and traditions (Jamaludin et al., 2024; Jamaludin & Aloysius, 2019; Zaki & Hussin, 2019).

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
Editors
Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
Chapter
10
Pages
204–219
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114590