Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 5 · Pertanika Book Series

Evolusi Penyertaan Awam di Malaysia: Daripada Amalan Kolektif Tradisional kepada E-Kerajaan ke Arah Kelestarian Komuniti

English titleThe Evolution of Public Participation in Malaysia: From Traditional Collective Practice to E-Government towards Community Sustainability

Nur Rusydina Khadzali*, Zainal Md. Zan

Komuniti Progresif dalam Era Transformasi 16 October 2026 Pages 77–103
Keywordspenyertaan awam; tindakan kolektif; e-penyertaan; tadbir urus digital; kapasiti institusi; komuniti lestari
Keywords (English)public participation; collective action; e-participation; digital governance; institutional capacity; sustainable communities
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Penyertaan awam sering dikaitkan dengan perkembangan demokrasi moden dan transformasi digital, namun asasnya telah lama wujud melalui amalan tindakan kolektif yang membolehkan komuniti mengurus keperluan bersama dan mengekalkan hubungan sosial. Walaupun kajian mengenai penyertaan awam ini semakin berkembang, penyelidikan terdahulu sering membincangkan tindakan kolektif tradisional, penyertaan berasaskan institusi dan e-penyertaan sebagai fenomena yang berasingan, menyebabkan kesinambungan antara nilai komuniti, pembangunan institusi dan transformasi digital kurang difahami. Kajian ini bertujuan menjelaskan evolusi penyertaan awam di Malaysia dengan menelusuri perubahan daripada amalan kolektif masyarakat tradisional kepada tadbir urus institusi dan seterusnya penyertaan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui sorotan literatur naratif yang disokong oleh bukti empirikal daripada kajian kes pelaksanaan e-penyertaan di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Kajian kes melibatkan temu bual separa berstruktur dengan 24 orang informan yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan tempatan dan 14 orang awam, dengan data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti tiga fasa evolusi penyertaan awam, iaitu Penyertaan untuk Kelangsungan Hidup (Participation for Survival), Penyertaan untuk Tadbir Urus (Participation for Governance) dan Penyertaan untuk Kelestarian (Participation for Sustainability). Kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan e-penyertaan bukan sahaja bergantung kepada teknologi digital, tetapi turut dipengaruhi oleh kapasiti institusi, kepimpinan, proses organisasi dan responsiviti kerajaan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan Kerangka Kesinambungan Penyertaan Awam (Public Participation Continuity Framework, PPCF) yang menjelaskan penyertaan awam sebagai proses evolusi berterusan yang menghubungkan nilai komuniti, institusi tadbir urus dan teknologi digital bagi menyokong tadbir urus responsif serta komuniti lestari.

English

Public participation is often associated with the development of modern democracy and digital transformation, yet its foundations have long existed in practices of collective action that enable communities to manage shared needs and maintain social relationships. Although research on public participation is growing, earlier studies have often treated traditional collective action, institution-based participation and e-participation as separate phenomena, so that the continuity between community values, institutional development and digital transformation is poorly understood. This study aims to explain the evolution of public participation in Malaysia by tracing the change from the collective practices of traditional society to institutional governance and then to digital participation. It adopts a qualitative approach through a narrative literature review supported by empirical evidence from a case study of the implementation of e-participation at the Alor Setar City Council (Majlis Bandaraya Alor Setar, MBAS). The case study involved semi-structured interviews with 24 informants, comprising 10 local government officers and 14 members of the public, and the data were analysed using thematic analysis. The findings identify three phases in the evolution of public participation: Participation for Survival, Participation for Governance and Participation for Sustainability. The study shows that the effectiveness of e-participation depends not only on digital technology but also on institutional capacity, leadership, organisational processes and government responsiveness. The study contributes to the development of the Public Participation Continuity Framework (PPCF), which explains public participation as a continuous evolutionary process linking community values, governance institutions and digital technology in support of responsive governance and sustainable communities.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia.
Publication record

Bibliographic details

Book
Komuniti Progresif dalam Era Transformasi
Editors
Khofizhoah Mohd Karim, Mohd Rizal Safar
Chapter
5
Pages
77–103
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
16 October 2026
E-ISBN
9786297114019