Pembangunan Komuniti melalui Pendidikan Kewangan dan Pemilikan Rumah
English titleCommunity Development through Financial Education and Home Ownership
Abstract
Pemilikan rumah sering dibincangkan dari perspektif kemampuan kewangan dan pembiayaan, namun hubungannya dengan pendidikan kewangan dan pembangunan komuniti masih kurang diberikan perhatian. Bab ini bertujuan menganalisis hubungan antara pendidikan kewangan, pemilikan rumah, kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti melalui analisis kandungan terhadap Modul Perancangan Kewangan Wanita Menuju Rumah Impian. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan bagi mengenal pasti tema-tema utama yang membentuk keupayaan kewangan individu. Analisis mengenal pasti lima tema utama, iaitu pembentukan matlamat kewangan, literasi kewangan, tingkah laku kewangan, perancangan kewangan dan pemilikan rumah sebagai pemangkin kesejahteraan keluarga serta pembangunan komuniti. Dapatan menunjukkan bahawa pemilikan rumah merupakan hasil daripada proses pembinaan keupayaan yang berlaku melalui pendidikan kewangan, perubahan tingkah laku dan perancangan kewangan yang sistematik. Bab ini menyumbang kepada pengintegrasian pendidikan kewangan, pembangunan manusia dan pembangunan komuniti melalui perspektif Capability Approach, sekali gus memperlihatkan bahawa pendidikan kewangan berperanan sebagai asas kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti yang mampan.
Home ownership is often discussed from the perspective of affordability and financing, yet its relationship with financial education and community development has received little attention. This chapter analyses the relationship between financial education, home ownership, family well-being and community development through a content analysis of the module Perancangan Kewangan Wanita Menuju Rumah Impian (Women's Financial Planning towards a Dream Home). The study adopts a qualitative approach, using content analysis to identify the main themes that shape individual financial capability. The analysis identifies five main themes: the setting of financial goals, financial literacy, financial behaviour, financial planning, and home ownership as a catalyst for family well-being and community development. The findings show that home ownership is the outcome of a capability-building process that takes place through financial education, behavioural change and systematic financial planning. The chapter contributes to the integration of financial education, human development and community development through the perspective of the Capability Approach, and shows that financial education serves as a foundation for family well-being and sustainable community development.
Affiliations
- Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Komuniti Progresif dalam Era Transformasi
- Editors
- Khofizhoah Mohd Karim, Mohd Rizal Safar
- Chapter
- 9
- Pages
- 188–203
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 16 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114019


