Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 1 · Pertanika Book Series

Gaya Hidup Digital dan Fear of Missing Out (FoMO): Implikasi terhadap Kehidupan dan Kesejahteraan Pengguna

English titleThe Digital Lifestyle and the Fear of Missing Out (FoMO): Implications for Consumers' Lives and Well-Being

Siti Hasnah Hassan, Low Eve Chee*, Dara Benedicta Antoninda, Anis Dayani Azizul

Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi 20 October 2026 Pages 1–27
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Teknologi digital tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan pengguna muda, sebaliknya ianya telah menjadi sebahagian penting daripada rutin harian mereka. Teknologi ini menjadi pengantara kepada cara mereka berkomunikasi, membandingkan gaya hidup, menemukan jenama, membuat pembayaran serta berkongsi pengalaman penggunaan (Hassan et al., 2025). Kesalinghubungan antara aktiviti-aktiviti ini membentuk gaya hidup elektronik atau e-lifestyle, iaitu suatu corak kehidupan yang memperlihatkan rutin harian, aktiviti, minat, pendapat dan keputusan pengguna yang diatur melalui platform digital (Ferreira-Barbosa et al., 2024; García-Fernández et al., 2020; Hassan et al., 2025).
Platform digital secara berterusan mendedahkan pengguna kepada pencapaian, hubungan social, dan corak penggunaan individu lain. Pendedahan ini berpotensi mencetuskan Fear of Missing Out (FoMO), iaitu perasaan bimbang atau takut ketinggalan yang mendorong pengguna untuk memantau kandungan media sosial secara aktif (Przybylski et al., 2013). Menurut Przybylski et al. (2013), FoMO merujuk kepada perasaan yang kuat bahawa orang lain sedang menikmati pengalaman yang lebih meyeronokkan atau lebih bernilai berbanding pengalaman diri sendiri. FoMO kini menjadi tumpuan kajian rentas disiplin dalam bidang psikologi, komunikasi, teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan awam dan pemasaran (Alfina et al., 2023; Tandon et al., 2021). Para penyelidik menekankan peranan FoMO sebagai punca, penghubung sosial, atau faktor yang mempengaruhi penglibatan digital. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian dalam bidang ini masih bergantung pada sampel mudah dan reka bentuk kajian rentas keratan yang dijalankan di negara luar.

English

Digital technology cannot be separated from the lives of young consumers; it has instead become an essential part of their daily routine. This technology mediates the ways in which they communicate, compare lifestyles, discover brands, make payments and share their consumption experiences (Hassan et al., 2025). The interconnection of these activities forms the electronic lifestyle, or e-lifestyle: a pattern of living in which consumers' daily routines, activities, interests, opinions and decisions are organised through digital platforms (Ferreira-Barbosa et al., 2024; García-Fernández et al., 2020; Hassan et al., 2025).
Digital platforms continuously expose users to the achievements, social relationships and consumption patterns of other people. This exposure can trigger the Fear of Missing Out (FoMO), a feeling of worry or fear of being left out that drives users to monitor social media content actively (Przybylski et al., 2013). According to Przybylski et al. (2013), FoMO refers to a strong feeling that others are enjoying experiences that are more enjoyable or more worthwhile than one's own. FoMO is now the focus of cross-disciplinary research in psychology, communication, information technology, education, public health and marketing (Alfina et al., 2023; Tandon et al., 2021). Researchers emphasise the role of FoMO as a cause, a social link or a factor that influences digital engagement. However, most studies in this field still rely on convenience samples and cross-sectional research designs conducted in other countries.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
Editors
Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
Chapter
1
Pages
1–27
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
20 October 2026
E-ISBN
9786297114231