Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 7 · Pertanika Book Series

Defisit Kepercayaan dalam Institusi Kewangan Islam: Integrasi Pemasaran Dalaman dan Pemasaran Luaran ke Arah Pengukuhan Kepercayaan

English titleThe Trust Deficit in Islamic Financial Institutions: Integrating Internal and External Marketing towards Strengthening Trust

Murni Yusoff1, Mohd Zulkifli Muhammad2*

Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi 20 October 2026 Pages 143–162
Keywordsdefisit kepercayaan; pemasaran dalaman; pemasaran luaran
Keywords (English)trust deficit; internal marketing; external marketing
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kepercayaan merupakan aset strategik yang penting kepada kredibiliti, daya saing dan kelestarian institusi kewangan Islam. Keunikan institusi ini menyebabkan kepercayaan tidak hanya bergantung pada prestasi kewangan dan kecekapan operasi, tetapi turut dipengaruhi oleh sejauh mana nilai dan prinsip Syariah diterjemahkan secara konsisten dalam pengurusan, penyampaian perkhidmatan dan interaksi dengan pemegang taruh. Namun demikian, industri kewangan Islam masih berhadapan dengan defisit kepercayaan, khususnya apabila wujud jurang antara jangkaan pelanggan terhadap nilai dan janji institusi dengan pengalaman sebenar yang diterima. Perbincangan sedia ada lebih banyak menekankan pematuhan Syariah, tadbir urus, kualiti perkhidmatan dan persepsi pelanggan, sedangkan hubungan antara dimensi dalaman dan luaran organisasi dalam menangani defisit kepercayaan masih kurang diberikan perhatian. Sehubungan itu, bab ini bertujuan menganalisis bagaimana pemasaran dalaman dan pemasaran luaran dapat diintegrasikan bagi mengukuhkan kepercayaan terhadap institusi kewangan Islam. Bab ini menggunakan pendekatan konseptual melalui analisis dan sintesis literatur berkaitan kewangan Islam, pemasaran dalaman, pemasaran luaran, advokasi pekerja dan penglibatan pelanggan. Perbincangan menunjukkan bahawa pemasaran dalaman membentuk penghayatan nilai dalam kalangan pekerja, yang seterusnya berpotensi diterjemahkan melalui advokasi pekerja, manakala pemasaran luaran menyediakan ruang bagi penglibatan pelanggan dan pengesahan nilai melalui pengalaman sebenar. Bab ini seterusnya mencadangkan model pengukuhan kepercayaan yang menghubungkan pemasaran dalaman, advokasi pekerja, pemasaran luaran dan penglibatan pelanggan sebagai mekanisme yang saling melengkapi dalam mengurangkan jurang antara janji organisasi dengan pengalaman pelanggan.

English

Trust is a strategic asset that is vital to the credibility, competitiveness and sustainability of Islamic financial institutions. Because of the distinctive nature of these institutions, trust depends not only on financial performance and operational efficiency, but also on the extent to which Shariah values and principles are consistently translated into management, service delivery and interaction with stakeholders. Nevertheless, the Islamic finance industry still faces a trust deficit, particularly when there is a gap between customers' expectations of the institution's values and promises and the experience they actually receive. Existing discussions place more emphasis on Shariah compliance, governance, service quality and customer perceptions, while the relationship between the internal and external dimensions of the organisation in addressing the trust deficit has received little attention. This chapter therefore analyses how internal and external marketing can be integrated to strengthen trust in Islamic financial institutions. It adopts a conceptual approach through an analysis and synthesis of the literature on Islamic finance, internal marketing, external marketing, employee advocacy and customer engagement. The discussion shows that internal marketing instils values among employees, which can then be expressed through employee advocacy, while external marketing provides space for customer engagement and for values to be validated through actual experience. The chapter goes on to propose a trust-strengthening model that links internal marketing, employee advocacy, external marketing and customer engagement as complementary mechanisms for narrowing the gap between organisational promises and customer experience.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia
  2. 2Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
Editors
Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
Chapter
7
Pages
143–162
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
20 October 2026
E-ISBN
9786297114231