Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

Evolusi Penyelidikan Inovasi Pengguna: Pertumbuhan Penerbitan, Pengaruh Sitasi dan Struktur Tema

English titleThe Evolution of Consumer Innovation Research: Publication Growth, Citation Influence and Thematic Structure

Siti Haslina Md Harizan1, Zainil Hanim Saidin1, Yanti Mustapha2, Mohd Faiz Hilmi1*

Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi 20 October 2026 Pages 221–254
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Bab ini memetakan perkembangan penyelidikan berkaitan inovasi pengguna melalui analisis bibliometrik terhadap 573 penerbitan yang diindeks dalam Scopus bagi tempoh 1976 hingga 2025. Analisis dijalankan menggunakan BiblioSpy® untuk menilai profil penerbitan, pola sitasi, sumber utama, pengarang produktif, institusi, negara penyumbang, jaringan kolaborasi, struktur kata kunci, pemetaan tema, analisis faktorial, rangkaian sitasi dan sitasi bersama. Dapatan menunjukkan bahawa literatur inovasi pengguna berkembang secara konsisten dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.54% dan jumlah sitasi sebanyak 27,665, menandakan asas akademik yang kukuh. Amerika Syarikat muncul sebagai penyumbang utama, diikuti oleh China, Korea Selatan, India dan United Kingdom, manakala kadar kolaborasi antarabangsa yang tinggi menunjukkan sifat penyelidikan yang semakin global. Dari sudut intelektual, karya berkaitan pengukuran consumer innovativeness, anteseden budaya dan individu, serta penerimaan produk baharu membentuk asas utama bidang ini. Pemetaan kata kunci dan tema pula menunjukkan peluasan penyelidikan kepada penerimaan teknologi, perdagangan elektronik, niat pembelian, sikap, persepsi, kepercayaan dan kelestarian. Bagi memperkukuh ketelusan analisis, bab ini turut menjelaskan strategi pemerolehan data, tafsiran metrik bibliometrik, kriteria pemilihan penerbitan bersitasi tinggi dan pengarang produktif, serta had penggunaan Scopus dan pemetaan sains. Secara keseluruhannya, bab ini menunjukkan bahawa inovasi pengguna merupakan bidang yang dinamik, berkembang daripada asas konseptual kepada aplikasi kontemporari dalam pemasaran digital, teknologi baharu, penggunaan mampan dan tingkah laku pengguna moden.

English

This chapter maps the development of research on consumer innovation through a bibliometric analysis of 573 publications indexed in Scopus for the period 1976 to 2025. The analysis was carried out using BiblioSpy® to evaluate the publication profile, citation patterns, leading sources, productive authors, institutions, contributing countries, collaboration networks, keyword structure, thematic mapping, factorial analysis, and citation and co-citation networks. The findings show that the literature on consumer innovation has grown consistently, with an annual growth rate of 13.54% and a total of 27,665 citations, indicating a strong academic foundation. The United States emerges as the leading contributor, followed by China, South Korea, India and the United Kingdom, while the high rate of international collaboration shows the increasingly global nature of the research. Intellectually, works on the measurement of consumer innovativeness, its cultural and individual antecedents, and the adoption of new products form the main foundation of the field. Keyword and thematic mapping in turn show that research has expanded to technology acceptance, electronic commerce, purchase intention, attitudes, perceptions, trust and sustainability. To strengthen the transparency of the analysis, the chapter also explains the data retrieval strategy, the interpretation of bibliometric metrics, the criteria for selecting highly cited publications and productive authors, and the limitations of using Scopus and science mapping. Overall, the chapter shows that consumer innovation is a dynamic field that has developed from its conceptual foundations into contemporary applications in digital marketing, new technologies, sustainable consumption and modern consumer behaviour.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  2. 2Jabatan Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
Editors
Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
Chapter
10
Pages
221–254
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
20 October 2026
E-ISBN
9786297114231