Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 2 · Pertanika Book Series

Reformasi Dasar Dadah di Malaysia: Dekriminalisasi, Rawatan Berasaskan Komuniti dan Reintegrasi Sosial

English titleDrug Policy Reform in Malaysia: Decriminalisation, Community-Based Treatment and Social Reintegration

Paramjit Singh Jamir Singh1, Ahmad Nazir Long2, Mohamad Shaharudin Samsurijan1, Saralah Devi Mariamdaran Chethiyar3,4

Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan 15 October 2026 Pages 18–38
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Dasar dadah di Malaysia berkembang dalam satu sejarah yang panjang dan banyak dipengaruhi oleh pendekatan penguatkuasaan. Untuk beberapa dekad, penggunaan dadah dilihat bukan sahaja sebagai masalah kesihatan tetapi juga sebagai ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman masyarakat. Kerangka undang-undang memberi ruang kepada tindakan terhadap penggunaan dan pemilikan dadah serta rawatan mandatori bagi individu yang dikenal pasti mempunyai masalah kebergantungan. Pendekatan ini menghasilkan sistem yang kuat dari sudut kawalan tetapi turut menimbulkan persoalan tentang keberkesanannya dalam menghasilkan pemulihan jangka panjang. Kajian sistematik antarabangsa menunjukkan bahawa rawatan mandatori tidak mempunyai bukti yang konsisten dalam mengurangkan penggunaan dadah selepas rawatan. Dalam konteks Malaysia sendiri, individu yang keluar daripada pusat rawatan mandatori didapati kembali kepada penggunaan opioid dengan lebih cepat berbanding mereka yang mengikuti rawatan methadone secara sukarela (Werb et al., 2016; Wegman et al., 2017). Dasar yang melibatkan kumpulan rentan perlu mempertimbangkan kesan stigma dan diskriminasi terhadap kesejahteraan serta akses kepada bantuan (Augustine Bala et al., 2022). Keselamatan tetap penting, tetapi langkah pencegahan perlu disokong oleh analisis punca dan pengurusan risiko yang bersesuaian (Halim et al., 2020).
Perubahan mula berlaku apabila Malaysia memberikan ruang lebih besar kepada pendekatan kesihatan awam. Pelaksanaan program pengurangan kemudaratan pada pertengahan dekad 2000-an dan pengembangan rawatan methadone menunjukkan bahawa respons terhadap penggunaan dadah tidak lagi bergantung kepada penguatkuasaan sahaja. Cure & Care kemudiannya memperkenalkan bentuk rawatan sukarela yang membolehkan individu mendapatkan bantuan tanpa perlu memasuki sistem melalui penahanan terlebih dahulu. Perkembangan ini mencerminkan peralihan yang berlaku di beberapa negara Asia daripada pusat mandatori kepada rawatan sukarela dan berasaskan komuniti (Reid et al., 2007; Khan et al., 2018). Pindaan kepada Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 pada 2024 meneruskan arah perubahan tersebut. Dewan Rakyat meluluskan pindaan pada 18 Julai 2024 dan Dewan Negara memberikan kelulusan pada 1 Ogos 2024. AADK menggambarkan pindaan itu sebagai perubahan yang memperluas rawatan dan pemulihan serta sebahagiannya mengalihkan respons daripada pemenjaraan kepada rawatan. Namun perubahan ini tidak sama dengan dekriminalisasi penuh kerana beberapa kesalahan berkaitan penggunaan dan pemilikan masih dikawal melalui undang-undang dadah yang lain. Oleh itu, reformasi Malaysia lebih tepat difahami sebagai proses yang sedang mengimbangi penguatkuasaan, rawatan, kesihatan awam dan pemulihan sosial. Perkhidmatan sosial perlu mempunyai keupayaan menyesuaikan kaedah penyampaian apabila keadaan pengguna dan persekitaran berubah (Azman et al., 2021).

English

Drug policy in Malaysia has developed over a long history and has been strongly influenced by an enforcement approach. For several decades, drug use was seen not only as a health problem but also as a threat to public security and order. The legal framework allowed action against drug use and possession, as well as mandatory treatment for individuals identified as having a dependence problem. This approach produced a system that was strong in terms of control, but it also raised questions about its effectiveness in achieving long-term recovery. International systematic reviews show that there is no consistent evidence that mandatory treatment reduces drug use after treatment. In Malaysia itself, individuals released from compulsory treatment centres were found to return to opioid use more quickly than those who received voluntary methadone treatment (Werb et al., 2016; Wegman et al., 2017). Policies involving vulnerable groups must consider the effects of stigma and discrimination on well-being and on access to help (Augustine Bala et al., 2022). Security remains important, but preventive measures must be supported by an analysis of root causes and appropriate risk management (Halim et al., 2020).
Change began when Malaysia gave greater room to a public health approach. The introduction of harm reduction programmes in the mid-2000s and the expansion of methadone treatment showed that the response to drug use no longer relied on enforcement alone. Cure & Care later introduced a form of voluntary treatment that allows individuals to seek help without first having to enter the system through detention. This development reflects the shift that has taken place in several Asian countries from compulsory centres to voluntary and community-based treatment (Reid et al., 2007; Khan et al., 2018). The 2024 amendments to the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 continued this direction of change. The Dewan Rakyat (House of Representatives) passed the amendments on 18 July 2024 and the Dewan Negara (Senate) approved them on 1 August 2024. The National Anti-Drugs Agency (AADK) described the amendments as a change that broadens treatment and rehabilitation and partly shifts the response from imprisonment to treatment. However, this change is not the same as full decriminalisation, because several offences relating to use and possession are still governed by other drug laws. Malaysia's reform is therefore more accurately understood as a process that is still balancing enforcement, treatment, public health and social rehabilitation. Social services must be able to adapt their methods of delivery as the circumstances of users and their environment change (Azman et al., 2021).

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  2. 2Bahagian Rawatan, Pemulihan dan Perubatan, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
  3. 3Program Psikologi Dan Kaunseling, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia 06010, Sintok, Kedah, Malaysia
  4. 4Vel Tech Rangarajan Dr. Sagunthala R and D Institute of Science and Technology, Avadi, Chennai, 600062, India
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
2
Pages
18–38
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
15 October 2026
E-ISBN
9786297114644