ANTARA KEPANTASAN DAN KELESTARIAN: KONFLIK TIME-TO-MARKET DAN PEMATUHAN PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA)
English titleBetween Speed and Sustainability: The Conflict between Time-to-Market and Environmental Impact Assessment (EIA) Compliance
Abstract
Konflik antara keperluan mempercepatkan tempoh pelaksanaan projek (time-to-market) dan pematuhan terhadap Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) merupakan antara cabaran utama dalam pembangunan moden. Dalam era persaingan ekonomi yang semakin sengit, organisasi dan pihak pemaju lazimnya berusaha mempercepatkan pelaksanaan projek bagi memenuhi permintaan pasaran, mengurangkan kos operasi dan memaksimumkan pulangan pelaburan. Walau bagaimanapun, keperluan tersebut sering bertembung dengan tuntutan pematuhan EIA yang memerlukan proses penilaian, penelitian dan mitigasi yang menyeluruh bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.
Kajian lalu terdahulu menunjukkan bahawa EIA memainkan peranan yang signifikan dalam mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan alam sekitar (Alberts et al., 2023). Kajian yang dilakukan oleh Brent dan Petrick (2007), misalnya, mendapati bahawa pendekatan pengurusan projek berasaskan stage-gate dalam industri tenaga menuntut integrasi EIA sejak peringkat awal perancangan bagi mengurangkan risiko alam sekitar yang berpotensi berlaku pada fasa pelaksanaan. Sejajar dengan itu, Marshall (2005) menegaskan bahawa proses susulan (EIA follow-up) merupakan komponen penting yang memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian dan peraturan alam sekitar. Melalui mekanisme ini, organisasi bukan sahaja dapat mengurangkan risiko pencemaran dan kemerosotan ekologi, malah dapat meningkatkan kredibiliti serta penerimaan sosial terhadap projek yang dilaksanakan.
The conflict between the need to shorten project delivery time (time-to-market) and compliance with Environmental Impact Assessment (EIA) is one of the main challenges in modern development. In an era of increasingly intense economic competition, organisations and developers usually seek to speed up project delivery in order to meet market demand, reduce operating costs and maximise returns on investment. However, this need often clashes with the requirements of EIA compliance, which call for thorough processes of assessment, review and mitigation to ensure that development does not undermine environmental sustainability.
Previous studies show that EIA plays a significant role in balancing the needs of economic development with environmental conservation (Alberts et al., 2023). The study by Brent and Petrick (2007), for example, found that a stage-gate project management approach in the energy industry requires EIA to be integrated from the earliest planning stage in order to reduce the environmental risks that may arise during implementation. In line with this, Marshall (2005) stresses that the follow-up process (EIA follow-up) is an essential component that ensures continued compliance with environmental standards and regulations. Through this mechanism, organisations can not only reduce the risk of pollution and ecological degradation, but also increase the credibility and social acceptance of the projects they carry out.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
- 2Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 3
- Pages
- 39–55
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 15 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114644


