Nostalgia dan Budaya Konsumerisme: Mengapa Orang Dewasa Terus Mengumpul Mainan?
English titleNostalgia and Consumer Culture: Why Do Adults Keep Collecting Toys?
Abstract
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, budaya konsumerisme telah mengalami perubahan yang ketara seiring dengan perkembangan ekonomi global, kemajuan teknologi digital dan kebangkitan budaya popular. Penggunaan barangan tidak lagi dilihat semata-mata sebagai proses memenuhi keperluan asas, sebaliknya menjadi medium untuk membentuk identiti, mengekspresikan nilai diri serta membina hubungan sosial dalam masyarakat moden (Baudrillard, 1998; dan Featherstone, 2007). Dalam konteks ini, mainan yang dahulunya dianggap sebagai objek permainan kanak-kanak kini telah mengalami transformasi menjadi komoditi budaya yang mempunyai nilai simbolik, sentimental dan ekonomi. Fenomena ini dapat dilihat melalui peningkatan jumlah orang dewasa yang aktif mengumpul pelbagai jenis mainan seperti Hot Wheels, LEGO, Gundam, Funko Pop, BE@RBRICK, Pop Mart dan pelbagai koleksi edisi terhad yang lain.
Fenomena tersebut memperlihatkan kemunculan kelompok pengguna yang sering dirujuk sebagai kidults, iaitu golongan dewasa yang masih mengekalkan minat terhadap produk, permainan dan budaya yang lazimnya dikaitkan dengan zaman kanak-kanak (Cross, 2004; dan Geraghty, 2014). Berbeza dengan tanggapan tradisional yang mengaitkan mainan dengan proses perkembangan kanak-kanak, pengumpulan mainan oleh orang dewasa kini telah berkembang menjadi satu bentuk gaya hidup (lifestyle consumption) yang merangkumi aktiviti pembelian, penyimpanan, pameran, pertukaran, pelaburan dan pembinaan komuniti. Fenomena ini turut diperkukuh oleh perkembangan media sosial, platform e-dagang serta komuniti digital yang membolehkan pengumpul berkongsi koleksi, bertukar maklumat dan membentuk jaringan sosial merentas sempadan geografi (Belk, 2013; dan Jenkins, Ford, & Green, 2013).
In recent decades, consumer culture has changed markedly alongside the growth of the global economy, advances in digital technology and the rise of popular culture. The consumption of goods is no longer seen merely as a process of meeting basic needs, but has become a medium for shaping identity, expressing personal values and building social relationships in modern society (Baudrillard, 1998; Featherstone, 2007). In this context, toys, once regarded as children's playthings, have been transformed into cultural commodities with symbolic, sentimental and economic value. This phenomenon can be seen in the growing number of adults who actively collect toys of many kinds, such as Hot Wheels, LEGO, Gundam, Funko Pop, BE@RBRICK, Pop Mart and many other limited-edition collections.
This phenomenon reveals the emergence of a group of consumers often referred to as kidults: adults who retain an interest in products, games and culture usually associated with childhood (Cross, 2004; Geraghty, 2014). In contrast to the traditional view that associates toys with child development, toy collecting by adults has now become a form of lifestyle consumption that includes buying, storing, displaying, trading, investing and community building. The phenomenon is further reinforced by the growth of social media, e-commerce platforms and digital communities that enable collectors to share their collections, exchange information and form social networks across geographical boundaries (Belk, 2013; Jenkins, Ford, & Green, 2013).
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
- Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 4
- Pages
- 53–73
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114668


