Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 8 · Pertanika Book Series

STRATEGI DAYA TINDAK MANGSA BANJIR TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM

English titleThe Coping Strategies of Flood Victims in Taman Sri Muda, Shah Alam

Nur Azlin Harun1, Noremy Md. Akhir1, Mahathir Yahaya2

Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi 28 October 2026 Pages 155–174
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Bencana banjir merupakan antara bencana alam yang boleh memberikan kesan yang luas terhadap kehidupan individu, keluarga dan komuniti. Kesan bencana bukan sahaja dapat dilihat melalui kerosakan rumah, kehilangan harta benda dan gangguan sumber pendapatan, malah turut melibatkan perubahan terhadap kesejahteraan psikologi dan hubungan sosial mangsa. Pengalaman kehilangan, ketidakpastian mengenai masa hadapan, gangguan rutin kehidupan serta keperluan untuk membina semula kehidupan selepas bencana boleh menjadi sumber tekanan yang berpanjangan. Oleh itu, pemulihan selepas bencana tidak boleh hanya dinilai berdasarkan pemulihan fizikal dan material, tetapi perlu mengambil kira dimensi psikososial yang merangkumi aspek emosi, sosial, spiritual dan keupayaan individu untuk kembali menjalankan fungsi kehidupan.
Dalam konteks Malaysia, kejadian banjir besar yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada Disember 2021 memperlihatkan kesan bencana yang ketara terhadap kehidupan penduduk. Kawasan perumahan tersebut mengalami kemusnahan dan gangguan kehidupan yang menyebabkan penduduk berhadapan dengan kehilangan harta benda, kerosakan kediaman, gangguan pekerjaan serta tekanan emosi. Pengalaman sedemikian menjadikan proses pemulihan sebagai satu proses yang memerlukan bukan sahaja bantuan material, tetapi juga keupayaan mangsa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan yang berlaku.

English

Floods are among the natural disasters that can have wide-ranging effects on the lives of individuals, families and communities. The effects of a disaster can be seen not only in damage to homes, the loss of property and the disruption of sources of income, but also in changes to the psychological well-being and social relationships of the victims. The experience of loss, uncertainty about the future, the disruption of daily routines and the need to rebuild one's life after a disaster can become sources of prolonged stress. Recovery after a disaster therefore cannot be judged solely by physical and material recovery, but must take account of the psychosocial dimension, which includes emotional, social and spiritual aspects and the ability of individuals to resume the functions of daily life.
In the Malaysian context, the major flood that struck Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, in December 2021 revealed the marked effects of disaster on the lives of residents. The housing area suffered destruction and disruption that left residents facing the loss of property, damage to their homes, disruption to their work and emotional stress. Such experiences make recovery a process that requires not only material assistance, but also the ability of victims to adapt to the changes that have taken place in their lives.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia &
  2. 2Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
8
Pages
155–174
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
28 October 2026
E-ISBN
9786297114668