Pendidik sebagai Barisan Hadapan Kesihatan Mental: Peranan Guru dalam Mengenal Pasti dan Menyokong Pelajar Terkesan Bencana
English titleEducators as the Front Line of Mental Health: The Role of Teachers in Identifying and Supporting Disaster-Affected Students
Abstract
Bencana alam merupakan fenomena geofizikal yang berlaku secara semula jadi, tanpa memerlukan campur tangan manusia sebagai puncanya. Walaubagaimanapun, tahap keterdedahan dan keterukan kesannya terhadap sesebuah komuniti sering dipengaruhi oleh faktor buatan manusia seperti kepadatan penempatan di kawasan berisiko, ketiadaan sistem amaran awal, dan kelemahan perancangan bandar sehingga akibatnya tetap memberikan impak yang signifikan terhadap kehidupan masyarakat. Bencana boleh merosakkan harta benda, membawa kerugian besar, meragut nyawa, dan menjejaskan kesihatan mental mangsa yang terselamat. Bencana alam seperti Banjir, gempa bumi, tanah runtuh, ribut taufan, kemarau panjang, letusan gunung berapi, dan tsunami adalah antara contoh yang paling kerap berlaku, dan puncanya boleh dikesan kepada pergerakan kerak bumi, cuaca melampau, atau gangguan kepada keseimbangan ekosistem. Apabila bencana melanda, yang paling mudah terluka bukan sahaja tubuh badan, tetapi juga jiwa dan emosi. Pelajar sekolah rendah dan menengah terdiri daripada kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun, tanpa mengira usia, sering menanggung beban emosi yang berat akibat bencana alam dan krisis kemanusiaan, tetapi tidak semua pelajar tahu bagaimana hendak meluahkannya.
Di sinilah guru memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada sekadar menyampaikan ilmu. Guru dilihat sebagai orang dewasa yang paling rapat dengan pelajar dan yang meluangkan sebahagian besar masa bersama mereka dalam kehidupan seharian, sehingga selalunya menjadi orang pertama yang perasan apabila sesuatu tidak kena. Pemerhatian ini turut disokong kajian antarabangsa guru dilihat sebagai orang dewasa yang dipercayai dalam kehidupan seorang kanak-kanak, mampu memberi rasa normal dan keselamatan selepas bencana, sekali gus berperanan penting memantau dan menyokong pemulihan pelajar (Le Brocque et al., 2017). Persoalannya, kebanyakan guru sendiri tidak bersedia dalam menghadapi situasi sebegini. Tanpa latihan yang mencukupi, panduan yang jelas, dan sokongan daripada pihak sekolah mahupun sistem pendidikan, guru yang bermotif baik untuk membantu sering tidak tahu di mana hendak bermula. Satu tinjauan sistematik ke atas 20 kajian intervensi berasaskan guru mendapati sembilan daripadanya menunjukkan peningkatan jangka pendek dalam kesejahteraan dan prestasi akademik pelajar, tetapi keberkesanan ini amat bergantung kepada sejauh mana guru menerima latihan dan sokongan berstruktur terlebih dahulu (Coombe et al., 2015).
Natural disasters are geophysical phenomena that occur naturally, without human intervention as their cause. However, a community's exposure and the severity of the impact are often shaped by human factors such as dense settlement in high-risk areas, the absence of early-warning systems and weak urban planning, so that the consequences still have a significant impact on people's lives. Disasters can destroy property, cause heavy losses, take lives and harm the mental health of survivors. Floods, earthquakes, landslides, storms, prolonged drought, volcanic eruptions and tsunamis are among the most frequent, and their causes can be traced to movements of the earth's crust, extreme weather or disruption of the balance of ecosystems. When disaster strikes, it is not only the body that is most easily hurt but also the mind and emotions. Primary and secondary school students, children aged 7 to 17, often bear a heavy emotional burden from natural disasters and humanitarian crises, whatever their age, yet not all of them know how to express it.
This is where teachers play a role far greater than delivering knowledge. Teachers are the adults closest to students and spend a large part of their daily lives with them, so they are often the first to notice when something is wrong. International research supports this: teachers are seen as trusted adults in a child's life who can provide a sense of normality and safety after a disaster and so play an important part in monitoring and supporting students' recovery (Le Brocque et al., 2017). The difficulty is that most teachers are themselves unprepared for such situations. Without sufficient training, clear guidance and support from the school or the education system, well-meaning teachers often do not know where to begin. A systematic review of 20 studies of teacher-based interventions found that nine showed short-term improvements in students' well-being and academic performance, but that their effectiveness depended heavily on how much structured training and support teachers had received beforehand (Coombe et al., 2015).
Affiliations
- 1Universiti Pendidikan Sultan Idris
- 2UNITAR International University
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 3
- Pages
- 54–71
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


