Keselamatan Makanan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
English titleFood Safety in Schools: Challenges and Realities
Abstract
Keselamatan makanan di sekolah merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kesihatan persekitaran kerana berkait rapat dengan pencegahan keracunan makanan, perlindungan kesihatan murid serta penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Walaupun pelbagai dasar, garis panduan dan peraturan telah diperkenalkan, insiden keracunan makanan yang melibatkan institusi sekolah masih dilaporkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini menunjukkan bahawa usaha memperkukuh pelaksanaan, pemantauan dan amalan keselamatan makanan perlu diteruskan secara berterusan. Bab ini membincangkan cabaran semasa dalam pengurusan keselamatan makanan di sekolah dengan memberi tumpuan kepada kaedah pengendalian makanan dan kawalan suhu, kebersihan serta amalan pengendali makanan, infrastruktur fizikal dan sistem sanitasi kantin, tahap kesedaran murid, serta peranan dasar dan pemantauan dalam menyokong pelaksanaan keselamatan makanan. Di samping itu, beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan, termasuk pengukuhan amalan berasaskan prinsip Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), penggunaan teknologi yang bersesuaian serta penglibatan aktif komuniti sekolah. Secara keseluruhannya, pengurusan keselamatan makanan yang berkesan memerlukan kerjasama berterusan antara pihak sekolah, pengusaha kantin, agensi berkaitan, ibu bapa dan murid bagi mewujudkan budaya keselamatan makanan yang mampan serta menyokong kesejahteraan warga sekolah.
Food safety in schools is an important aspect of environmental health management because it is closely linked to preventing food poisoning, protecting pupils' health and providing a conducive learning environment. Although various policies, guidelines and regulations have been introduced, food poisoning incidents involving schools are still reported from time to time. This shows that efforts to strengthen the implementation, monitoring and practice of food safety must continue. This chapter discusses current challenges in school food safety management, focusing on food handling methods and temperature control, the hygiene and practices of food handlers, the physical infrastructure and sanitation systems of canteens, pupils' level of awareness, and the role of policy and monitoring in supporting food safety. Several improvements are also discussed, including stronger practices based on the principles of Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), the use of appropriate technology and the active involvement of the school community. Overall, effective food safety management requires continuous cooperation between schools, canteen operators, the relevant agencies, parents and pupils to build a sustainable food safety culture and support the well-being of the school community.
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor, Malaysia.
- 2Jabatan Kesihatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 5
- Pages
- 108–133
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


