Kepimpinan Responsif Gender dalam Pencegahan Buli di Sekolah: Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Struktur–Agensi dan Kelestarian Sosiokomuniti di Malaysia
English titleGender-Responsive Leadership in Preventing Bullying in Schools: The Role of Islamic Non-Governmental Organisations (NGOs), Structure–Agency and Socio-Community Sustainability in Malaysia
Abstract
Keselamatan sekolah tidak hanya bergantung pada keadaan fizikal bangunan atau prosedur kecemasan. Keselamatan juga bergantung pada persekitaran sosial yang membolehkan murid belajar, berinteraksi dan mendapatkan bantuan tanpa rasa takut. Dalam bab ini, buli dilihat sebagai risiko sosial terhadap keselamatan sekolah kerana kesannya terbentuk melalui hubungan kuasa, reputasi, hierarki rakan sebaya, ruang digital dan tindak balas institusi. Literatur klasik mentakrifkan buli melalui unsur kemudaratan, pengulangan dan ketidakseimbangan kuasa (Olweus, 1993; Gladden et al., 2014). Undang-undang Malaysia pula merangkumi perbuatan berulang atau satu kejadian serius yang menyebabkan kemudaratan di bawah Akta Antibuli 2026 [Akta 876] (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang [BHEUU], 2026; Malaysia, 2026).
Kajian pencegahan buli telah berkembang daripada tumpuan kepada pelaku dan mangsa kepada pendekatan ekologi dan seluruh sekolah. Pendekatan ekologi menunjukkan bahawa buli dipengaruhi oleh individu, rakan sebaya, keluarga, sekolah dan persekitaran sosial yang lebih luas (Bronfenbrenner, 1979; Espelage & Swearer, 2004; Hong & Espelage, 2012). Kajian meta-analisis menunjukkan bahawa program berasaskan sekolah boleh mengurangkan buli, tetapi kesannya berbeza mengikut reka bentuk, konteks dan pelaksanaan (Ttofi & Farrington, 2011; Menesini & Salmivalli, 2017). Jurang yang masih wujud ialah penjelasan tentang cara kuasa, gender dan hubungan antara institusi mempengaruhi tindakan perlindungan.
School safety does not depend only on the physical condition of buildings or on emergency procedures. It also depends on a social environment that allows pupils to learn, interact and seek help without fear. In this chapter, bullying is treated as a social risk to school safety, because its effects are shaped by power relations, reputation, peer hierarchies, digital spaces and institutional responses. The classic literature defines bullying by harm, repetition and an imbalance of power (Olweus, 1993; Gladden et al., 2014). Malaysian law covers repeated acts, or a single serious incident, that cause harm under the Anti-Bullying Act 2026 [Act 876] (Legal Affairs Division [BHEUU], 2026; Malaysia, 2026).
Research on bullying prevention has moved from a focus on perpetrators and victims to ecological and whole-school approaches. The ecological approach shows that bullying is influenced by the individual, peers, family, school and the wider social environment (Bronfenbrenner, 1979; Espelage & Swearer, 2004; Hong & Espelage, 2012). Meta-analyses show that school-based programmes can reduce bullying, but their effects vary with design, context and implementation (Ttofi & Farrington, 2011; Menesini & Salmivalli, 2017). What remains to be explained is how power, gender and relations between institutions shape protective action.
Affiliations
- 1Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
- 2Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
- 3Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
- 4Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 9
- Pages
- 214–237
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


