Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 2 · Pertanika Book Series

IMAGINASI SEORANG PUTERI: PEMIKIRAN RAJA KALSUM DALAM KARYA SYAIR SAUDAGAR BODOH

English titleThe Imagination of a Princess: The Thought of Raja Kalsum in Syair Saudagar Bodoh

Nor Farhain Zaharani1*, Ahmad Murad Merican2

Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah 29 October 2026 Pages 23–43
KeywordsJohor-Riau;Raja Kalsum; Syair; Syair Saudagar Bodoh; Penulis Perempuan
Keywords (English)Raja Kalsum; Syair; Syair Saudagar Bodoh; Woman Writer; Johor-Riau Sultanate
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Dunia kesultanan melayu Johor Riau telah mencapai zaman keemasan seperti yang dikatakan oleh Virginia Matheson sebagai ‘Malay Renaissance’. Kebanyakan penulis baik lelaki dan Wanita dilahirkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil yang melahirkan banyak penulis dan karya kesusasteraan. Namun, penulisan yang ditulis oleh wanita jarang diketengahkan di dalam korpus akademik. Makalah ini bertujuan untuk mengangkat penulisan tersebut dengan menganalisis kandungan Syair Saudagar Bodoh yang ditulis oleh Raja Kalzum, anak kepada penulis tersohor, Raja Ali Haji. Syair ini jarang dibincangkan di dalam kajian-kajian terdahulu. Maka, makalah ini ditulis untuk mengangkat idea dan imaginasi yang ditulis oleh seorang perempuan di mana zaman ini sastera dan penulisan di dominasi oleh kaum lelaki. Dengan menggunakan pendekatan analisis tekstual dan sosio-sejarah, kajian ini meneliti imaginasi Raja Kalsum dalam menyampaikan syair ini dicetak menggunakan cetakan litograf dan ditransliterasi dari jawi ke rumi dan boleh didapati atas talian. Selain itu, buku dan jurnal artikel digunakan untuk menyokong data. Dapatan menunjukkan imaginasi tinggi Raja Kalsum dalam mengarang syair ulungnya. Beliau menggunakan negara-negara Arab seperti Muskat dan Yaman sebagai latar tempat di dalam syair ini. Malahan, penggunaan perkataan yang agak moden dimasukkan oleh Raja Kalsum menunjukkan beliau seorang puteri yang berilmu pengetahuan dan tidak bersembunyi di sebalik kamar istana.

English

The Johor-Riau Malay sultanate reached its golden age, which Virginia Matheson described as the “Malay Renaissance”. Many writers, both men and women, were originated from the Penyengat Island, a small island that produced outstanding literary works. However, writings by women have rarely been highlighted in the academic corpus. This paper aims to foreground such writings by analysing the content of Syair Saudagar Bodoh, written by Raja Kalsum, the daughter of the renowned writer Raja Ali Haji. This syair has rarely been discussed in previous studies. Therefore, this paper seeks to highlight the ideas and imagination expressed by a woman during a period when literature and writing were predominantly dominated by men. Using textual and socio-historical approaches, this study examines Raja Kalsum’s imagination as expressed through the syair. The work was published in lithographic print, transliterated from Jawi into Roman script, and is available online. In addition, books and journal articles were used to support the data. The findings demonstrate Raja Kalsum’s rich imagination in composing her notable syair. She incorporates Arab countries, such as Muscat and Yemen, as place settings in the syair. Furthermore, her use of relatively modern vocabulary demonstrates that Raja Kalsum was a knowledgeable princess who was not confined behind the palace wall.

Contributors

Affiliations

  1. 1Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
  2. 2Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
Publication record

Bibliographic details

Book
Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
Editors
Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
Chapter
2
Pages
23–43
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114262