Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 3 · Pertanika Book Series

HISTORIOGRAFI VERNAKULAR, MEMORI BUDAYA DAN KUASA KOLONIAL DALAM SYAIR KOMPENI BELANDA BERPERANG DENGAN CINA (SKBBDC)

English titleVernacular Historiography, Cultural Memory and Colonial Power in Syair Kompeni Belanda Berperang dengan Cina (SKBBDC)

Ku Boon Dar1*, Hanggar Budi Prasetya2

Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah 29 October 2026 Pages 44–66
Keywordshistoriografi vernakular; memori budaya; Syair Kompeni Belanda Berperang dengan Cina (SKBBDC); Tragedi Batavia 1740; pascakolonial; sejarah kolonial; kesusasteraan Melayu; VOC.
Keywords (English)vernacular historiography; cultural memory; Syair Kompeni Belanda Berperang dengan Cina (SKBBDC); 1740 Batavia Tragedy; postcolonialism; colonial history; Malay literature; VOC.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kajian ini meneliti Syair Kompeni Belanda Berperang dengan Cina (SKBBDC) sebagai historiografi vernakular yang membentuk memori budaya masyarakat tempatan tentang Tragedi Batavia 1740. Walaupun tragedi tersebut telah banyak dibincangkan dalam kajian sejarah kolonial, kebanyakan penyelidikan masih bergantung pada arkib dan rekod rasmi Verenigde Oostindische Compagnie (VOC), sedangkan kedudukan syair Melayu sebagai sumber yang memberikan perspektif tempatan terhadap pengalaman kolonial masih kurang diberikan perhatian. Bagi mengisi jurang tersebut, kajian ini menggabungkan pendekatan sejarah dengan kerangka Sejarah Baharu (New Historicism), Memori Budaya dan Pascakolonial bagi meneliti SKBBDC sebagai naratif yang mentafsir pengalaman kolonial berdasarkan perspektif masyarakat tempatan. Analisis berasaskan edisi kritikal Rusconi (1935) dan edisi Abdul Rahman (2008) dilakukan dengan membandingkan kandungan syair dengan rekod dan catatan pentadbiran VOC serta kajian sejarah moden mengenai Tragedi Batavia 1740. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SKBBDC bukan sekadar karya sastera, malah merupakan dokumen budaya yang merakam pengalaman sosial, penderitaan masyarakat awam, hubungan antara etnik dan hubungan kuasa yang kurang terserlah dalam rekod pentadbiran Belanda, khususnya rekod VOC. Di samping itu, syair ini memperlihatkan penggambaran yang rencam tentang masyarakat Cina dan pentadbiran VOC melalui naratif yang bersifat ambivalen, sekali gus menunjukkan bahawa hubungan kolonial tidak dapat dijelaskan semata-mata melalui pertentangan antara penjajah dengan masyarakat yang dijajah. Kajian ini turut menunjukkan bahawa persuratan Melayu berperanan sebagai wahana pembentukan memori budaya dan pengetahuan sejarah, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai sumber historiografi vernakular Asia Tenggara. Sehubungan itu, kajian ini menunjukkan bahawa sumber vernakular dapat memperluas pemahaman sejarah berasaskan arkib kolonial dengan memberikan perhatian kepada pengalaman dan tafsiran masyarakat tempatan.

English

This study examines the Syair Kompeni Belanda Berperang dengan Cina (SKBBDC) as a vernacular historiography that shapes the cultural memory of the local community regarding the 1740 Batavia Tragedy. Although this tragedy has been extensively discussed in colonial historical studies, most research still relies heavily on official archives and records of the Verenigde Oostindische Compagnie (VOC), whereas the position of Malay syair as a source providing a local perspective on the colonial experience remains underrepresented. To bridge this gap, this study integrates a historical approach with the frameworks of New Historicism, Cultural Memory, and Postcolonialism to analyze SKBBDC as a narrative that interprets the colonial experience through the lens of the local community. The analysis, based on critical editions by Rusconi (1935) and Abdul Rahman (2008), compares the text’s contents with VOC administrative records and modern historical studies on the 1740 Batavia Tragedy. The findings demonstrate that SKBBDC is not merely a literary work, but a cultural document that records social experiences, civilian suffering, inter-ethnic relations, and power dynamics that are less prominent in Dutch administrative archives, particularly VOC records. Furthermore, the syair offers a nuanced portrayal of the Chinese community and VOC administration through an ambivalent narrative, demonstrating that colonial relations cannot be understood solely through a simple binary opposition between the colonizer and the colonized. This study also shows that Malay literature plays a crucial role in forming cultural memory and historical knowledge, thereby solidifying its status as a vital source of Southeast Asian vernacular historiography. Consequently, this study demonstrates that vernacular sources can enrich and broaden historical understandings derived from colonial archives by giving center stage to local experiences and interpretations.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  2. 2Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Tanah Papua, Indonesia
Publication record

Bibliographic details

Book
Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
Editors
Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
Chapter
3
Pages
44–66
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114262