Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 5 · Pertanika Book Series

KELESTARIAN WARISAN INTELEKTUAL MELAYU-ISLAM DI PULAU PINANG DAN SEBERANG PERAI

English titleSustaining the Malay-Islamic Intellectual Heritage of Penang and Seberang Perai

Suhaila Abdullah

Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah 29 October 2026 Pages 93–119
Keywordswarisan intelektual Melayu-Islam, ekologi ilmu, kelestarian, Pulau Pinang, Seberang Perai
Keywords (English)Malay-Islamic intellectual heritage, knowledge ecology, sustainability, Penang, Seberang Perai
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Penulisan ini meneliti kelestarian warisan intelektual Melayu-Islam di Pulau Pinang dan Seberang Perai melalui kerangka ekologi ilmu yang menghubungkan pelaku ilmu, teks dan media, institusi, prasarana sosial serta amalan transmisi. Kajian ini menggunakan analisis dokumen dan sintesis tematik terhadap karya akademik serta dokumen institusi yang terpilih. Dapatan menunjukkan dua lingkungan ilmu yang berbeza tetapi saling berkaitan iaitu tradisi pondok dan sokongan komuniti yang lebih ketara di Seberang Perai, serta madrasah, persuratan, percetakan, perniagaan kitab dan jaringan haji yang lebih menonjol di George Town. Analisis turut menunjukkan bahawa nilai warisan tidak terletak pada tokoh, bangunan atau koleksi secara terpisah, tetapi pada hubungan yang dapat dibuktikan antara guru dan murid, teks dan pengajaran, institusi dan komuniti, serta prasarana dan fungsi ilmu. Berdasarkan dapatan tersebut, kajian ini merumuskan empat keupayaan pelestarian, iaitu pembuktian, pentafsiran, penyertaan masyarakat dan keupayaan institusi. Pendekatan ini menegaskan bahawa pendigitalan, konservasi fizikal dan pendokumentasian tokoh perlu disertai dengan metadata, konteks penggunaan serta rekod rangkaian agar warisan kekal sebagai sumber ilmu yang dapat dikaji dan diwariskan. Hujah ini selari dengan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta Sasaran 11.4 yang menekankan pengukuhan usaha untuk melindungi dan memelihara warisan budaya.

English

This paper examines the sustainability of the Malay-Islamic intellectual heritage in Penang and Seberang Perai through a knowledge ecology framework that connects knowledge actors, texts and media, institutions, social infrastructure, and transmission practices. The study utilizes document analysis and thematic synthesis of selected academic works and institutional documents. The findings reveal two distinct yet interconnected knowledge spheres: the pondok tradition and community support, which are more prominent in Seberang Perai; and madrasahs, literature, printing, book trading, and Hajj networks, which are more prominent in George Town. The analysis also indicates that the heritage value lies not in isolated figures, buildings, or collections, but in the verifiable relationships between teachers and students, texts and teaching, institutions and communities, as well as infrastructure and knowledge functions. Based on these findings, the study outlines four preservation capacities: evidence, interpretation, community participation, and institutional capacity. This approach asserts that digitization, physical conservation, and the documentation of prominent figures must be accompanied by metadata, context of use, and network records so that the heritage remains a studyable and transmissible resource of knowledge. This argument aligns with SDG 11: Sustainable Cities and Communities and Target 11.4, which emphasizes strengthening efforts to protect and safeguard cultural heritage.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
Editors
Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
Chapter
5
Pages
93–119
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114262