Objektiviti dan Penghakiman Moral dalam Falsafah Sejarah al-Bīrūnī
English titleObjectivity and Moral Judgement in the Philosophy of History of al-Bīrūnī
Abstract
Objektiviti merupakan prinsip penting dalam penyelidikan sejarah yang sering dikaitkan dengan persoalan penghakiman moral terhadap tokoh dan peristiwa masa lalu. Dalam falsafah sejarah, perdebatan timbul sama ada penghakiman moral boleh dilakukan tanpa menjejaskan sifat objektif penulisan sejarah. Makalah ini bertujuan menganalisis hubungan antara objektiviti dan penghakiman moral dalam falsafah sejarah al-Bīrūnī dengan mengenal pasti pendiriannya serta menjelaskan justifikasi epistemiknya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kepustakaan melalui analisis terhadap dua karya utama al-Bīrūnī, iaitu al-Āthār al-Bāqiyah ‘an al-Qurūn al-Khāliyah dan Taḥqīq mā li’l-Hind min Maqūlah Maqbūlah fī al-‘Aql aw Mardhūlah. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Bīrūnī tidak melihat objektiviti sebagai bebas sepenuhnya daripada nilai, sebaliknya menganggap penghakiman moral sebagai sah apabila berasaskan bukti, pertimbangan rasional dan prinsip agama. Walau bagaimanapun, penghakiman tersebut perlu dilaksanakan secara terkawal dengan berteraskan kebenaran dan tanggungjawab ilmiah. Kajian ini menunjukkan bahawa falsafah sejarah al-Bīrūnī menawarkan suatu kerangka yang menyelaraskan objektiviti dan penghakiman moral melalui asas epistemologi yang kukuh.
Objectivity is an essential principle in historical research that is frequently linked to the issue of moral judgment regarding past figures and events. In the philosophy of history, a debate arises as to whether moral judgment can be rendered without compromising the objective nature of historical writing. This paper aims to analyze the relationship between objectivity and moral judgment in al-Bīrūnī’s philosophy of history by identifying his position and explaining its epistemic justifications. This study employs a qualitative approach based on library research through an analysis of two of al-Bīrūnī’s primary works: al-Āthār al-Bāqiyah ‘an al-Qurūn al-Khāliyah and Taḥqīq mā li’l-Hind min Maqūlah Maqbūlah fī al-‘Aql aw Mardhūlah. The analysis reveals that al-Bīrūnī does not view objectivity as entirely value-free; rather, he considers moral judgment legitimate when grounded in evidence, rational consideration, and religious principles. However, such judgment must be exercised in a controlled manner, rooted in truth and scholarly responsibility. This study demonstrates that al-Bīrūnī’s philosophy of history offers a framework that reconciles objectivity and moral judgment through a solid epistemological foundation.
Affiliations
- 1Galeri Sultan Nazrin Shah dan UM Immersive 120, Universiti Malaya
- 2Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
- Editors
- Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
- Chapter
- 8
- Pages
- 173–192
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114262


