HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI DAN KEFAHAMAN PESERTA TERHADAP PROGRAM DENGAN APLIKASI DALAM PROJEK: KAJIAN KES PROJEK AZAM TANI MARDI
English titleThe Relationship between Participants' Perception and Understanding of a Programme and Its Application in Their Projects: A Case Study of the MARDI AZAM Tani Project
Abstract
Kajian ini meneliti hubungan antara persepsi peserta terhadap pegawai pembimbing, program, dan kemudahan, serta kefahaman mereka terhadap kandungan program Projek AZAM Tani MARDI dengan tahap aplikasi dalam projek yang dijalankan. Seramai 325 responden terlibat dalam kajian ini melalui soal selidik berstruktur menggunakan skala Likert lima mata. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan semua pembolehubah adalah tinggi (α = 0.85–0.95), manakala analisis korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta mempunyai persepsi positif terhadap pegawai pembimbing, kandungan program dan kemudahan, dengan purata skor melebihi 4.20. Kefahaman peserta juga berada pada tahap tinggi (M = 4.35), merangkumi peningkatan pengetahuan teori, kemahiran praktikal, dan keyakinan diri. Dari aspek aplikasi, peserta menunjukkan keupayaan yang jelas dalam memimpin projek, mengurus tugasan dengan baik, serta membangunkan tingkah laku kepimpinan dan keyakinan dalam pengurusan projek (M = 4.36). Dapatan korelasi membuktikan hubungan positif yang signifikan antara semua pembolehubah dengan aplikasi projek. Kefahaman mencatatkan korelasi paling kuat (r = 0.57, p < 0.01), diikuti kemudahan (r = 0.52), pegawai pembimbing (r = 0.49), dan program (r = 0.44). Kajian turut mendapati faktor demografi seperti jantina, tahap pendidikan, dan pengalaman tidak mempengaruhi secara signifikan persepsi, kefahaman, atau aplikasi. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa kefahaman yang mendalam terhadap kandungan program, disokong oleh pegawai pembimbing yang efektif serta kemudahan yang mencukupi, menjadi faktor kritikal dalam memastikan aplikasi ilmu secara berkesan dalam projek peserta.
This study examines the relationship between participants’ perceptions of instructors, programs, and facilities, as well as their understanding of program content in the MARDI AZAM Tani Project, with their level of application in the implemented projects. A total of 325 respondents participated in this study through a structured questionnaire using a five-point Likert scale. Reliability analysis indicated high consistency across all variables (α = 0.85–0.95), while Pearson correlation analysis was used to determine the relationships between variables. The results showed that participants held a positive perception of the instructors, program content, and facilities, with mean scores exceeding 4.20. Participants’ understanding was also at a high level (M = 4.35), encompassing gains in theoretical knowledge, practical skills, and self-confidence. Regarding application, participants demonstrated a clear capability in leading projects, managing tasks effectively, and developing leadership behaviors and confidence in project management (M = 4.36). Correlation findings revealed a significant positive relationship between all variables and project application. Understanding recorded the strongest correlation (r = 0.57, p < 0.01), followed by facilities (r = 0.52), instructors (r = 0.49), and the program (r = 0.44). The study also found that demographic factors such as gender, education level, and experience did not significantly influence perception, understanding, or application. Overall, this study emphasizes that a deep understanding of program content, supported by effective instructors and adequate facilities, serves as a critical factor in ensuring the effective application of knowledge in participants’ projects.
Affiliations
- Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
- Editors
- Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
- Chapter
- 9
- Pages
- 193–215
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114262


