Keperluan Sokongan Psikososial Guru Sekolah Menengah Dalam Mengurus Tekanan Beban Tugas: Implikasi Terhadap Amalan Kerja Sosial Sekolah
English titleThe Psychosocial Support Needs of Secondary School Teachers in Managing Workload Stress: Implications for School Social Work Practice
Abstract
Di Malaysia, sistem pendidikan telah mengalami transformasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan pembanggunan negara. Berdasarkan kepada Pelan Pembanggunann Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menggubal sistem pendidikan dengan memperkenalkan pelbagai dasar, inisiatif, dan program baharu yang berfokus kepada pemantapan kukurikulum, peningkatan profesionalisme, serta pengukuhan akses pendidikan untuk semua lapisan masyarakat. Dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, keperluan sokongan psikososial guru dalam mengurus tekanan beban tugas merupakan perkara yang perlu diperhatikan agar ia selari dengan matlamat yang ingin dicapai. Profesi guru merupakan bidang tugas yang mencabar pada masa kini. Dalam kajian sebelum ini, penyelidik telah membuktikan bahawa tugas guru semakin mencabar dengan beberapa perubahan yang berlaku termasuk tugas yang berkait dengan pengurusan dan pentadbiran, perubahan dasar yang kerap, perubahan dalam sistem penilaian pelajar, dan sistem pengisian data digital (Arba’in & Noor, 2024). Transformasi yang berlaku ini adalah selari dengan kemajuan pembanggunan negara dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia bertindak sebagai pelabur tunggal dalam melahirkan modal insan berkualiti, pemacu pertumbuhan ekonomi, dan memupuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat majmuk (García-González et al., 2020). Pelaksanaan perubahan turut memerlukan penelitian terhadap halangan inovasi dan kesediaan organisasi agar matlamat pembaharuan dapat dicapai (Singh et al., 2023). Perubahan yang mampan memerlukan penyelarasan antara inovasi, sumber organisasi dan keperluan manusia (Oke et al., 2022). Penerimaan amalan baharu dipengaruhi oleh faktor sosial, ekonomi dan komitmen organisasi terhadap perubahan (Oke et al., 2023). Sesuatu dasar perlu dinilai berdasarkan kesesuaiannya dengan realiti pekerjaan dan keperluan kumpulan yang terkesan (Singh et al., 2019). Pembaharuan dasar juga memerlukan pembelajaran daripada pengalaman luar dengan mengambil kira sejarah dan kesesuaian tempatan (Pandian et al., 2021).
Dalam menghasilkan pelajar yang berprestasi, penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang digunakan oleh guru adalah penting untuk meransang minat untuk belajar, memenuhi gaya pembelajaran yang berbeza, dan mengoptimumkan pemahaman pelajar. Walau bagaimanapun, perubahan sistem kerja di sekolah, sama ada dalam urusan akademik mahupun bukan akademik, telah mengalami pembaharuan yang menjadikan tugas guru semakin mencabar. Hal ini memberi kesan kepada guru dalam merancang dan merangka kaedah padagogi yang berkesan kerana terdapat tuntutan tugas lain yang mengurangkan masa dalam merancang PdP. Terdapat kajian yang membuktikan, guru semkain dibebankan dengan tugas bukan akademik seperti pengisian sistem digital, dokumentasi, laporan, mengendalikan aktiviti pelajar dan memenuhi peranan sebagai ketua panitia (Klai et al., 2022). Di sini dapat dilihat bagaimana peranan pentadbir sekolah dalam mengagihkan tugasan secara telus dan adil, supaya guru dapat menghasilkan kepuasan kerja yang tinggi dan meningkatkan prestasi kerja. Persekitaran kerja yang selamat dan tersusun penting kerana kelemahan pengurusan risiko boleh membawa akibat serius terhadap pekerja (Halim et al., 2020). Kesedaran, latihan dan sokongan organisasi mempengaruhi penggunaan teknologi serta kesejahteraan pekerja (Oke et al., 2024). Penggunaan alat digital perlu disesuaikan dengan konteks pengguna supaya menyokong produktiviti tanpa menambah tekanan yang tidak perlu (Oke et al., 2023). Pelaksanaan tugas kompleks memerlukan perhatian terhadap proses kognitif, termasuk memori kerja dan keupayaan mengekalkan tumpuan (Chai et al., 2022).
Malaysia's education system has undergone a transformation aimed at raising the quality of education in line with national development. Under the Malaysia Education Blueprint (PPPM, 2013–2025), the Ministry of Education (KPM) is the government department responsible for shaping the education system by introducing policies, initiatives and new programmes focused on strengthening the curriculum, raising professionalism and widening access to education for all sections of society. In pursuing the goal of the National Philosophy of Education (FPK), to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, the psychosocial support teachers need to manage workload stress is a matter that requires attention if it is to align with that goal. Teaching is a demanding profession today. Earlier research has shown that teachers' work has become more demanding through several changes, including management and administrative duties, frequent policy changes, changes in student assessment and digital data entry systems (Arba'in & Noor, 2024). This transformation is in line with national development, ensuring that the education system in Malaysia acts as the principal investor in producing quality human capital, driving economic growth and fostering national unity in a plural society (García-González et al., 2020). Implementing change also requires attention to barriers to innovation and to organisational readiness if the aims of reform are to be achieved (Singh et al., 2023). Sustainable change requires coordination between innovation, organisational resources and human needs (Oke et al., 2022). The acceptance of new practices is influenced by social and economic factors and by organisational commitment to change (Oke et al., 2023). A policy should be assessed for its fit with the realities of the work and the needs of the groups affected (Singh et al., 2019). Policy reform also requires learning from outside experience while taking account of history and local suitability (Pandian et al., 2021).
In producing high-performing students, the teaching and learning methods (PdP) teachers choose are important for stimulating interest in learning, meeting different learning styles and optimising students' understanding. However, changes in the way schools work, in both academic and non-academic matters, have made teachers' work increasingly demanding. This affects teachers' ability to plan and design effective pedagogy, because other demands reduce the time available for lesson planning. Studies show that teachers are increasingly burdened with non-academic tasks such as digital system entry, documentation, reports, running student activities and serving as subject panel heads (Klai et al., 2022). Here the role of school administrators in distributing tasks transparently and fairly becomes clear, so that teachers achieve high job satisfaction and better work performance. A safe and well-organised working environment is important because weak risk management can have serious consequences for employees (Halim et al., 2020). Awareness, training and organisational support influence the use of technology and employee well-being (Oke et al., 2024). Digital tools should be adapted to the user's context so that they support productivity without adding unnecessary stress (Oke et al., 2023). Carrying out complex tasks requires attention to cognitive processes, including working memory and the ability to sustain attention (Chai et al., 2022).
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
- Editors
- Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
- Chapter
- 10
- Pages
- 216–240
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114262


