Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 1 · Pertanika Book Series

ANALISIS SEMANTIK AYAT LEKSIKAL: PERANAN TEMATIK DAN HUBUNGAN ENTITI PESERTA DALAM BAHASA MELAYU

English titleA Semantic Analysis of Lexical Sentences: Thematic Roles and Participant Relations in Malay

Burhan Murshidi Baharon

Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa 29 October 2026 Pages 1–46
KeywordsSemantik Ayat, Peranan Tematik, Peranan Peserta, Sintaksis-Semantik, Linguistik Bahasa Melayu
Keywords (English)Sentence Semantics, Thematic Roles, Participant Roles, Syntax-Semantics, Malay Linguistics
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Bidang semantik merupakan domain teras dalam disiplin linguistik yang memfokuskan kajian terhadap maknawiah ujaran dan entiti bahasa. Dalam kerangka analisis sintaksis-semantik moden, hubungan antara struktur predikat dan argumen dikawal oleh entiti yang dikenali sebagai peranan tematik atau peranan peserta. Kajian ini bertujuan menganalisis struktur peranan tematik dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan tumpuan mendalam kepada sembilan kategori utama peranan peserta iaitu agen, penderita, tema, pengalami, pemanfaat, instrumen, lokasi, sasaran, dan penerima. Berteraskan kerangka teori peranan tematik linguistik berasaskan model generatif dan kognitif, kajian ini mengaplikasikan metodologi kualitatif menerusi pendekatan analisis kandungan teks dan pembedahan struktur sintaktik-semantik. Data dikumpul daripada korpus ayat terbitan dan dirinci berasaskan ujian kriteria fitur semantik seperti kesedaran (awareness), kesukarelaan (volitionality), perubahan keadaan (change of state), dan perpindahan lokasi atau hak milik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa entiti agen dan pengalami kerap berada pada posisi subjek sintaktik namun dibezakan secara jelas oleh kriteria kawalan voluntari. Entiti penderita dan tema mengiringi kata kerja transitif yang membawa impak fizikal atau pergerakan, manakala peranan pemanfaat, instrumen, lokasi, sasaran, dan penerima berfungsi mengitari lingkungan predikat untuk merealisasikan kelengkapan prosiding semantik. Penemuan ini turut menyingkap bahawa kepelbagaian peranan tematik mengukuhkan kefahaman tentang struktur dalaman ayat yang kerap mengalami kekaburan makna pada peringkat permukaan sintaktik. Di samping itu, penggolongan peranan peserta ini berupaya menjelaskan interaksi dinamis antara grid tematik leksikal dengan susunan argumen ayat secara lebih terperinci dan menyeluruh. Secara keseluruhannya, pemetaan peranan semantik ini berjaya membuktikan keupayaan kerangka teoretikal moden dalam menguraikan hubungan konseptual kompleks yang wujud antara komponen tatabahasa. Kajian ini membuktikan bahawa pemilihan kata kerja dan pemetaannya pada peringkat sintaktik amat bergantung kepada sifat leksem dan struktur peranan tematik yang dipancarkan oleh penutur. Implikasi kajian ini memberikan sumbangan signifikan terhadap pemahaman tatabahasa pedagogi, analisis wacana, dan pemprosesan bahasa tabii (Natural Language Processing NLP) khusus untuk Bahasa Melayu.

English

Semantics is a core domain of linguistics that studies the meaning of utterances and linguistic entities. In modern syntactic-semantic analysis, the relationship between predicate structure and arguments is governed by entities known as thematic roles or participant roles. This study analyses the structure of thematic roles in Malay sentences, focusing on nine main categories of participant role: agent, patient, theme, experiencer, beneficiary, instrument, location, goal and recipient. Drawing on thematic role theory in generative and cognitive models, it applies a qualitative methodology of textual content analysis and the dissection of syntactic-semantic structure. Data were collected from a corpus of constructed sentences and examined against semantic feature criteria such as awareness, volitionality, change of state and transfer of location or possession. The findings show that agents and experiencers often occupy the syntactic subject position but are clearly distinguished by the criterion of voluntary control. Patients and themes accompany transitive verbs that carry physical impact or movement, while beneficiary, instrument, location, goal and recipient roles surround the predicate to complete the semantic proposition. The findings also reveal that the variety of thematic roles deepens our understanding of the internal structure of sentences whose meaning is often ambiguous at the syntactic surface. The classification of participant roles can also explain in more detail the dynamic interaction between the lexical thematic grid and the arrangement of sentence arguments. Overall, this mapping of semantic roles shows the capacity of modern theoretical frameworks to unravel the complex conceptual relations between grammatical components. The study shows that the choice of verb and its mapping at the syntactic level depend heavily on the nature of the lexeme and the thematic role structure projected by the speaker. Its implications contribute significantly to pedagogical grammar, discourse analysis and natural language processing (NLP) for Malay.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
  2. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
Editors
Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
Chapter
1
Pages
1–46
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114224