Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 8 · Pertanika Book Series

PERBANDINGAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI DALAM DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU STANDARD

English titlePersonal Pronouns in the Kedah Dialect and Standard Malay Compared

Burhan Murshidi Baharon

Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa 29 October 2026 Pages 231–274
KeywordsDeiksis perorangan, dialek Kedah, bahasa Melayu Standard, pragmatik, kata ganti nama diri.
Keywords (English)Person deixis, Kedah dialect, Standard Malay, pragmatics, personal pronouns.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kajian ini menganalisis dan membandingkan sistem deiksis perorangan antara dialek Kedah (DK) dengan bahasa Melayu Standard (BMS) menerusi kerangka teori pragmatik dan semantik pragmatik. Deiksis perorangan merupakan fenomena linguistik universal yang berfungsi memetakan peranan interlocutor dalam peristiwa tutur mengikut konteks sosiobudaya penutur. Walaupun kajian terdahulu banyak merujuk deiksis dalam bahasa utama, perincian eksplisit mengenai variasi deiksis perorangan dalam dialek regional tempatan seperti DK berasaskan bukti empirikal masih memerlukan penelitian secara tuntas. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menyenaraikan bentuk-bentuk ekspresi deiksis perorangan yang digunakan dalam pertuturan DK, dan menganalisis serta membandingkan struktur sistem deiksis perorangan DK dengan BMS berdasarkan konteks kata ganti nama diri tunggal dan jamak. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan lapangan yang melibatkan tiga orang informan penutur natif DK di Bangi, Selangor. Data dikumpul secara terperinci melalui teknik pemerhatian pertuturan, temu bual mendalam, dan rakaman audio-visual pertuturan spontan yang dikategorikan serta dianalisis secara deskriptif menerusi transkripsi data. Hasil kajian menunjukkan bahawa DK mempunyai sistem deiksis perorangan yang amat kaya, bervariasi, dan fleksibel berbanding BMS. Pembentukan leksikal khusus seperti cek, hang, hampa, dan depa bukan sahaja bertindak sebagai penunjuk entiti rujukan (orang pertama, kedua, dan ketiga), malah mengandungi muatan pragmatik yang amat sarat dengan nilai kesantunan, tahap keakraban (solidariti), kedudukan umur, dan hierarki sosial tempatan. Walaupun kedua-dua sistem bahasa ini berkongsi kategori tatabahasa ganti nama diri yang asas (tunggal dan jamak), DK menunjukkan keupayaan pragmatik yang lebih dinamik menerusi pengamplifikasian norma kesantunan tempatan mengikut konteks hubungan interaksi komunikasi sebenar dalam kehidupan masyarakat harian secara amat berkesan. Implikasi kajian ini bukan sahaja dapat memperkukuh teori deiksis Huang (2007) serta model pragmatik sedia ada, malah turut memberikan sumbangan berharga kepada bidang sosiolinguistik Melayu, dokumentasi variasi dialek tempatan, pemeliharaan warisan budaya tempatan, dan pemetaan variasi bahasa dalam korpus bahasa Melayu di Nusantara secara lebih terperinci dan menyeluruh.

English

This study analyses and compares the systems of person deixis in the Kedah dialect (DK) and Standard Malay (BMS) within the frameworks of pragmatics and pragmatic semantics. Person deixis is a universal linguistic phenomenon that maps the roles of interlocutors in a speech event according to the speakers' socio-cultural context. Although earlier studies have mostly examined deixis in major languages, an explicit, evidence-based account of person deixis in regional dialects such as DK still needs thorough study. This study therefore identifies and lists the forms of person deixis used in DK speech, and analyses and compares the structure of person deixis in DK and BMS for singular and plural personal pronouns. The qualitative study uses fieldwork involving three native DK informants in Bangi, Selangor. Data were collected through observation of speech, in-depth interviews and audio-visual recordings of spontaneous speech, then categorised and analysed descriptively from transcripts. The findings show that DK has a person deixis system that is much richer, more varied and more flexible than that of BMS. Lexical forms such as cek, hang, hampa and depa not only indicate referents (first, second and third person) but also carry a heavy pragmatic load of politeness, intimacy (solidarity), age and local social hierarchy. Although both systems share the basic grammatical categories of personal pronouns (singular and plural), DK shows more dynamic pragmatic capacity by amplifying local norms of politeness according to the relationships in real everyday communication. The study strengthens Huang's (2007) theory of deixis and existing pragmatic models, and contributes to Malay sociolinguistics, the documentation of local dialect variation, the preservation of local cultural heritage and the mapping of language variation in the Malay corpus of the Nusantara.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
  2. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
Editors
Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
Chapter
8
Pages
231–274
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114224