Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 9 · Pertanika Book Series

SINERGI AMALAN PENGAJARAN TERBAIK DAN KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN

English titleThe Synergy of Best Teaching Practice and Teacher Creativity in Teaching Malay Online

Muhammad Zuhair Zainal1*, Norazlina Md Akhir2

Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa 29 October 2026 Pages 275–306
Keywordsamalan pengajaran terbaik; kreativiti guru; pengajaran Bahasa Melayu; pengajaran secara dalam talian; pedagogi digital.
Keywords (English)best teaching practice; teacher creativity; Malay language teaching; online teaching; digital pedagogy.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kajian ini meneliti sinergi antara amalan pengajaran terbaik dengan kreativiti guru dalam pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Secara khusus, kajian bertujuan mengenal pasti tahap amalan pengajaran terbaik, kreativiti guru dan pengajaran secara dalam talian; menganalisis pengaruh antara ketiga-tiga pemboleh ubah; serta menentukan peranan kreativiti guru sebagai moderator dalam hubungan antara amalan pengajaran terbaik dengan pengajaran secara dalam talian. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan rentas dan melibatkan 187 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Data dikumpulkan melalui soal selidik berskala Likert lima mata yang mengukur amalan pengajaran terbaik, kreativiti guru dan pengajaran secara dalam talian. Instrumen telah melalui penilaian kesahan kandungan oleh dua orang pakar dan kajian rintis terhadap 30 orang guru, dengan nilai Alfa Cronbach antara .76 hingga .78. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson, regresi linear berganda dan regresi linear berganda hierarki melalui IBM SPSS versi 27.0. Dapatan menunjukkan bahawa amalan pengajaran terbaik berada pada tahap sederhana, manakala kreativiti guru dan pengajaran secara dalam talian berada pada tahap tinggi. Semua dimensi kajian mempunyai hubungan positif dan signifikan, dengan pekali korelasi antara r = .587 hingga r = .827. Amalan pengajaran terbaik didapati mempengaruhi kreativiti guru dan pengajaran secara dalam talian, manakala kreativiti guru turut mempengaruhi pelaksanaan pengajaran tersebut. Kesesuaian aras pengajaran dan insentif merupakan dimensi amalan pengajaran terbaik yang paling menonjol, manakala motivasi dan kemahiran berfikir secara kreatif menjadi dimensi kreativiti yang paling konsisten. Kreativiti guru juga berperanan sebagai moderator yang signifikan dalam memperkukuh hubungan antara amalan pengajaran terbaik dengan pengajaran secara dalam talian. Kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian bergantung pada integrasi pedagogi, kreativiti dan teknologi yang disesuaikan dengan keperluan murid.

English

This study examines the synergy between best teaching practice and teacher creativity in teaching Malay online. Specifically, it aims to determine the levels of best teaching practice, teacher creativity and online teaching; to analyse the influence among the three variables; and to determine the role of teacher creativity as a moderator in the relationship between best teaching practice and online teaching. This quantitative study uses a cross-sectional survey design involving 187 primary school Malay language teachers in the Kulim Bandar Baharu district, Kedah. Data were collected through a five-point Likert-scale questionnaire measuring best teaching practice, teacher creativity and online teaching. The instrument was assessed for content validity by two experts and piloted with 30 teachers, with Cronbach's alpha values between .76 and .78. Data were analysed using descriptive statistics, Pearson correlation, multiple linear regression and hierarchical multiple linear regression in IBM SPSS version 27.0. Best teaching practice was at a moderate level, while teacher creativity and online teaching were at a high level. All dimensions had positive and significant relationships, with correlation coefficients from r = .587 to r = .827. Best teaching practice was found to influence teacher creativity and online teaching, and teacher creativity also influenced online teaching. Appropriate level of instruction and incentive were the most prominent dimensions of best teaching practice, while motivation and creative thinking skills were the most consistent dimensions of creativity. Teacher creativity also acted as a significant moderator, strengthening the relationship between best teaching practice and online teaching. The study stresses that effective online Malay teaching depends on integrating pedagogy, creativity and technology to suit pupils' needs.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  2. 2Sekolah Kebangsaan, Kedah, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
Editors
Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
Chapter
9
Pages
275–306
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114224