Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 5 · Pertanika Book Series

CERITA RAKYAT: WAHANA WARISAN BUDAYA DAN IDENTITI BAHASA

English titleFolk Tales: A Vehicle of Cultural Heritage and Linguistic Identity

Mohd Firdaus Che Yaacob1, Norhidayu Hasan2

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 86–106
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Cerita rakyat merupakan khazanah sastera lisan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Cerita rakyat bertindak sebagai cerminan pemikiran, nilai murni, dan adat resam sesebuah masyarakat (Omar et al., 2019). Melalui penyampaian cerita rakyat, khalayak dapat memahami corak hidup dan falsafah masyarakat terdahulu. Oleh itu, cerita rakyat memegang peranan penting sebagai ejen penyebaran ilmu dan pembentukan sahsiah merentas generasi. Cerita rakyat Melayu merupakan satu bentuk sastera lisan yang lahir, tumbuh, dan berkembang dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional (Rahman et al., 2021). Penyampaian ini merujuk kepada ekspresi budaya sesebuah komuniti yang disebarkan dari satu generasi ke generasi lain. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada “budaya rakyat” yang menliputi adat resam, kepercayaan, dan kesenian yang dikongsi bersama oleh masyarakat. Oleh itu, cerita rakyat Melayu bukan sekadar rekaan kosong, melainkan sebuah arkib pemikiran, sejarah sosiobudaya, dan manifestasi intelek Melayu lama.
Menurut Labibah (2022) cerita rakyat tidak mengangkat mana-mana individu sebagai pencipta atau pengarang. Konsep hak cipta moden tidak wujud dalam sastera rakyat. Sebaliknya, sebaik sahaja sesebuah penceritaan itu lahir dan diterima oleh komuniti, ia menjadi hak milik mutlak seluruh masyarakat bukan berdasarkan individu. Sesiapa sahaja dalam komuniti tersebut berhak untuk menuturkan, menyebarkan, dan menurunkan cerita tersebut kepada generasi seterusnya tanpa perlu meminta izin daripada sesiapa. Manakala, Adnan et al. (2024) menyatakan bahawa cerita rakyat ini diturunkan dalam suasana tidak formal seperti semasa ibu bapa menidurkan anak, nenek bercerita di serambi rumah, atau penglipur lara menyampaikan kisah di majlis keramaian kampung. Maka menyebabkan tiada teks secara bertulis atau dokumentasi rasmi pada zaman dahulu. Proses ini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan memori pendengar yang kemudiannya menjadi penutur baharu.

English

Folk tales are an oral literary treasure inherited through the ages. They reflect a society's thought, values and customs (Omar et al., 2019). Through them audiences can understand the way of life and philosophy of earlier societies, so folk tales play an important role in spreading knowledge and shaping character across generations. Malay folk tales are a form of oral literature born and developed within traditional Malay society (Rahman et al., 2021). They are the cultural expression of a community, passed from one generation to the next. Folk literature is part of a “folk culture” covering the customs, beliefs and arts shared by a community. Malay folk tales are therefore not empty inventions but an archive of thought, socio-cultural history and the intellect of old Malay society.
According to Labibah (2022), folk tales do not name any individual as creator or author; the modern concept of copyright does not exist in folk literature. Once a story is born and accepted by the community, it becomes the property of the whole community rather than of an individual. Anyone in the community has the right to tell, spread and hand it down to the next generation without anyone's permission. Adnan et al. (2024) note that folk tales were passed on in informal settings, as parents put children to sleep, as grandmothers told stories on the verandah, or as storytellers performed at village gatherings, so there were no written texts or official records in the past. The process depended entirely on the memory of listeners, who in turn became new tellers.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
5
Pages
86–106
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521