Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu

English titleNarrative Tradition, Language and Identity: Wisdom, Values and the Heritage of the Malay World

EditorsMohd Firdaus Che Yaacob
Published29 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297114521
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • LIT008000
  • SOC011000
  • LAN009000
  • SOC008000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, taufik, dan limpah kurnia-Nya, naskhah ilmiah suntingan bertajuk Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu ini berjaya diterbitkan secara rasmi oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Penerbitan naskhah ini melakar satu penanda aras yang amat signifikan dan berprestij dalam landskap akademik global. Naskhah ini hadir sebagai sebuah respons intelektual yang tuntas bagi memetakan semula epistemologi khazanah intelek, wahana ekspresi emosi, serta kelestarian sastera lisan yang menjadi tiang seri jati diri watan agar kekal utuh subur merentasi rantaian generasi.
Keunikan, kebitaraan, dan kekuatan naskhah ini terletak pada kepelbagaian rencah sepuluh wacana penyelidikan berimpak tinggi yang mencerakin keistimewaan budaya masyarakat tempatan secara holistik, mendalam, dan komprehensif. Tirai perbincangan fasa pertama dibuka menerusi bab 1 melalui gandingan Mohd Firdaus Che Yaacob, Dania Putri Elisa Riyasnil, dan Wan Noorlizawati Wan Mat Ali bertajuk Akal Budi Melayu dan Ekspresi Emosi dalam Himpunan Cerita Rakyat Seluruh Jajahan Kelantan: Analisis Teori Pengkaedahan Melayu. Bab ini secara khusus menggunakan lensa Teori Pengkaedahan Melayu untuk membedah bagaimana manifestasi akal budi dan pancaran emosi diterjemahkan dalam naratif lisan masyarakat Kelantan. Bab 2 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob dan Muhammad Saufi Ahmad bertajuk Akar Jati Diri di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Menelusuri Konsep Kepimpinan dan Integriti dalam Naratif Lisan. Bab ini menelusuri secara mendalam lokaliti Sungai Pengkalan Datu, Kelantan bagi mengenal pasti dan mendokumentasikan nilai-nilai kepimpinan serta prinsip integriti yang terkandung dalam tradisi naratif tempatan.
Bab 3 oleh Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan, Mohd Firdaus Che Yaacob, dan Nazilah Mohamad bertajuk Analisis Kata Arkais dan Laras Bahasa Istana dalam Hikayat Hang Tuah. Bab ini memberikan tumpuan kepada penyelidikan linguistik sejarah dengan menganalisis penggunaan kosa kata kuno (arkais) serta struktur laras bahasa istana yang membentuk keistimewaan teks klasik tersebut. Bab 4 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob, Ahmad Ridhwan Che Husin, dan Nor Zuhaidah Mohamed Zain bertajuk Analisis Kesantunan Berbahasa dalam Dialog Watak Cerita Rakyat Melayu. Bab ini menilai aspek pragmatik dan sosiolinguistik dengan meneliti tahap, corak, dan aplikasi kesantunan berbahasa yang ditunjukkan melalui interaksi dialog para watak cerita rakyat. Bab 5 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob dan Norhidayu Hasan bertajuk Cerita Rakyat: Wahana Warisan Budaya dan Identiti Bahasa. Bab ini berfungsi sebagai kajian konsep dan empirikal yang membuktikan peranan sastera lisan sebagai medium utama dalam mengekalkan kelestarian warisan budaya serta mengukuhkan identiti bahasa Melayu.
Bab 6 oleh Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris, Mohd Firdaus Che Yaacob, dan Nor Zuhaidah Mohamed Zain bertajuk Dari Tradisi Lisan ke Pembentukan Insan: Penerapan Elemen Kerohanian dan Emosi Cerita Rakyat Kelantan Menurut Perspektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bab ini menghubungkan sastera rakyat Kelantan dengan hasrat pendidikan negara melalui analisis penerapan elemen nilai spiritual, moral, dan kestabilan emosi demi pembangunan modal insan. Bab 7 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob, Wan Muhammad Wan Abdul Aziz, Mazlina Pati Khan, dan Nor Syazwani Mat Salleh bertajuk Eksplorasi Daya Imaginasi dan Gaya Bahasa Kreatif dalam Antologi Dongeng Si Siti Kecil. Bab ini membedah aspek estetika sastera kanak-kanak dengan meneliti bagaimana daya kreativiti pengarang dan manipulasi gaya bahasa diaplikasikan dalam antologi berkenaan. Bab 8 oleh Nordin Mat Ali dan Mohd Firdaus Che Yaacob bertajuk Epistemologi Islam dan Sufisme dalam Novel Wajah Seorang Wanita: Rekonstruksi Jati Diri dan Ketahanan Intelektual Wanita Melayu. Bab ini beralih kepada sastera moden bagi membincangkan teori ilmu (epistemologi) Islam dan elemen tasawuf (sufisme) yang menjadi teras kepada pembentukan kekuatan minda serta jati diri watan wanita Melayu.
Bab 9 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob, Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris, dan Nor Zuhaidah Mohamed Zain bertajuk Integrasi Nilai Murni dalam Korpus 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda melalui Analisis Berdasarkan Kerangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bab ini mencerakin himpunan kisah sejarah dan legenda tokoh wanita untuk melihat bagaimana penyerapan nilai murni dilakukan sejajar dengan matlamat melahirkan warganegara yang seimbang. Akhir sekali, naskhah ini ditutup dengan cemerlang melalui bab 10 oleh Mohd Firdaus Che Yaacob, Wan Muhammad Wan Abdul Aziz, Mazlina Pati Khan, dan Nor Syazwani Mat Salleh bertajuk Konsep Sejarah Sosiobudaya dalam Cerita Rakyat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan. Bab penutup ini meluaskan cawangan kajian etnografi dengan mendokumentasikan rakaman sejarah, adat resam, dan sistem sosial komuniti Orang Asli Temiar melalui cerita rakyat mereka. Gabungan sepuluh bab yang digarap rapi ini bukan sahaja berjaya memperkayakan dokumentasi khazanah naratif lisan, malah memantapkan pemahaman khalayak terhadap konsep warisan alam Melayu yang utuh.
Sebagai penyunting, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, apresiasi nan luhur, dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh sidang penyelidik serta sarjana atas sumbangan bab penulisan yang sarat dengan komitmen ilmu teras dalam naskhah ini. Komitmen jitu dan keazaman tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam mempertahankan piawaian akademik serta kerapian penyelidikan yang ketat telah memurnikan kedudukan naskhah suntingan ini untuk berdiri megah sebagai sebuah rujukan berwibawa tinggi di persada kebangsaan mahupun global.
Akhir kata, semoga penerbitan naskhah ini berupaya mencetuskan pandangan, kesedaran, dan dinamika baharu dalam wacana kelestarian bahasa, sastera, dan budaya Melayu, sekali gus bertindak sebagai pemangkin serta rujukan rintis yang utama bagi generasi sarjana masa hadapan.

English

Peace and greetings to all.
Praise and the highest gratitude be to Allah S.W.T., by whose leave, guidance and grace this edited scholarly volume, Narrative Tradition, Language and Identity: Wisdom, Values and the Heritage of the Malay World, has been formally published by Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Its publication sets a significant and prestigious benchmark in the global academic landscape. The volume is a thorough intellectual response that remaps the epistemology of the intellectual heritage, the vehicles of emotional expression and the continuity of oral literature, the central pillar of native identity, so that it remains whole and flourishing across the generations.
The distinctiveness and strength of the volume lie in the variety of its ten high-impact research studies, which analyse the cultural features of local communities holistically and in depth. The first part opens with Chapter 1 by Mohd Firdaus Che Yaacob, Dania Putri Elisa Riyasnil and Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, Malay Wisdom and Emotional Expression in the Collected Folk Tales of All the Districts of Kelantan: An Analysis Using the Malay Methodology Theory. This chapter uses the lens of the Malay Methodology Theory (Teori Pengkaedahan Melayu) to dissect how wisdom and emotion are expressed in the oral narratives of the Kelantan community. Chapter 2, by Mohd Firdaus Che Yaacob and Muhammad Saufi Ahmad, The Roots of Identity in the Pengkalan Datu River Basin, Kelantan: Tracing Leadership and Integrity in Oral Narrative, explores the locality of the Pengkalan Datu river in depth to identify and document the values of leadership and the principles of integrity in the local narrative tradition.
Chapter 3, by Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan, Mohd Firdaus Che Yaacob and Nazilah Mohamad, Archaic Words and the Court Register in Hikayat Hang Tuah, focuses on historical linguistics, analysing the archaic vocabulary and the structure of the court register that give this classical text its distinction. Chapter 4, by Mohd Firdaus Che Yaacob, Ahmad Ridhwan Che Husin and Nor Zuhaidah Mohamed Zain, Linguistic Politeness in the Dialogue of Characters in Malay Folk Tales, assesses pragmatic and sociolinguistic aspects by examining the levels, patterns and uses of linguistic politeness in the dialogue between characters in folk tales. Chapter 5, by Mohd Firdaus Che Yaacob and Norhidayu Hasan, Folk Tales: A Vehicle of Cultural Heritage and Linguistic Identity, is a conceptual and empirical study showing the role of oral literature as a primary medium for sustaining cultural heritage and strengthening the identity of the Malay language.
Chapter 6, by Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris, Mohd Firdaus Che Yaacob and Nor Zuhaidah Mohamed Zain, From Oral Tradition to Human Development: Spiritual and Emotional Elements in Kelantan Folk Tales from the Perspective of the National Philosophy of Education, links Kelantan folk literature with national educational aspirations by analysing how spiritual, moral and emotional values are instilled for human capital development. Chapter 7, by Mohd Firdaus Che Yaacob, Wan Muhammad Wan Abdul Aziz, Mazlina Pati Khan and Nor Syazwani Mat Salleh, Imagination and Creative Style in the Anthology Dongeng Si Siti Kecil, examines the aesthetics of children's literature by looking at how the author's creativity and use of style are applied in the anthology. Chapter 8, by Nordin Mat Ali and Mohd Firdaus Che Yaacob, Islamic Epistemology and Sufism in the Novel Wajah Seorang Wanita: Reconstructing the Identity and Intellectual Resilience of Malay Women, turns to modern literature to discuss the Islamic theory of knowledge and the elements of Sufism at the core of the intellectual strength and identity of Malay women.
Chapter 9, by Mohd Firdaus Che Yaacob, Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris and Nor Zuhaidah Mohamed Zain, Moral Values in the Corpus 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah dan Legenda: An Analysis Based on the National Philosophy of Education, analyses a collection of historical and legendary stories of women to see how moral values are instilled in line with the aim of producing balanced citizens. Finally, the volume closes with Chapter 10, by Mohd Firdaus Che Yaacob, Wan Muhammad Wan Abdul Aziz, Mazlina Pati Khan and Nor Syazwani Mat Salleh, Socio-Cultural History in the Folk Tales of the Temiar Orang Asli of Gua Musang, Kelantan. This closing chapter extends the study into ethnography by documenting the history, customs and social system of the Temiar community through their folk tales. Together these ten carefully crafted chapters not only enrich the documentation of oral narrative heritage but also deepen readers' understanding of the heritage of the Malay world.
As editor, I record my highest appreciation and deepest thanks to all the researchers and scholars for chapters that carry such commitment to knowledge. The firm commitment and determination shown by all in upholding academic standards and rigorous research have established this edited volume as a highly authoritative reference at national and global level.
Finally, I hope this volume will spark new views, awareness and momentum in the discourse on the sustainability of Malay language, literature and culture, and serve as a catalyst and a leading pioneering reference for future generations of scholars.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.