Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 6 · Pertanika Book Series

DARI TRADISI LISAN KE PEMBENTUKAN INSAN: PENERAPAN ELEMEN KEROHANIAN DAN EMOSI CERITA RAKYAT KELANTAN MENURUT PERSPEKTIF FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

English titleFrom Oral Tradition to Human Development: Spiritual and Emotional Elements in Kelantan Folk Tales from the Perspective of the National Philosophy of Education

Noor Adlina Dhabitah Hassanul Farris1, Mohd Firdaus Che Yaacob2, Nor Zuhaidah Mohamed Zain3

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 107–130
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Khazanah tradisi lisan merupakan sebahagian daripada warisan budaya yang berperanan sebagai medium penyampaian ilmu, nilai dan pandangan hidup masyarakat terdahulu. Menurut Ong (1982), tradisi lisan bukan sekadar menyampaikan maklumat, malah turut membentuk cara berfikir, identiti dan hubungan sosial dalam sesebuah komuniti. Pandangan ini selari dengan Osman (1988) yang menyatakan bahawa cerita rakyat Melayu merupakan salah satu bentuk tradisi lisan yang berfungsi menyampaikan nilai moral serta panduan hidup kepada generasi muda. Selain itu, sastera lisan turut berperanan sebagai medium pendidikan yang mengandungi elemen kerohanian dan emosi. Yasin (1990) menjelaskan bahawa karya kreatif masyarakat peribumi dihasilkan bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga untuk menyampaikan nasihat dan mendidik masyarakat melalui nilai-nilai yang terkandung dalam penceritaannya.
Pandangan ini diperkukuh oleh Danandjaja (1997) yang menyatakan bahawa sastera tradisional diwariskan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Melalui penyampaian secara lisan, cerita rakyat bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, malah mengandungi nilai keagamaan, kebudayaan dan pengajaran yang penting. Selain itu, watak dan jalan cerita yang dipaparkan turut menyampaikan pelbagai nilai murni seperti tanggungjawab, kesabaran, keberanian dan hormat-menghormati yang dapat diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Selaras dengan itu, Rahmat (2016) menegaskan bahawa gabungan unsur hiburan dan pengajaran dalam cerita rakyat mampu membentuk jati diri kanak-kanak ke arah pembentukan sahsiah yang lebih unggul. Penyampaian cerita lisan tradisional bertindak sebagai medium terapi emosi yang bukan sahaja berupaya membina kekuatan dalaman dan mematangkan aspek kerohanian masyarakat, malah berkesan dalam memupuk keseimbangan rohani serta kestabilan jiwa komuniti (Yaacob, 2022).

English

The oral tradition is part of the cultural heritage that conveys the knowledge, values and worldview of earlier societies. According to Ong (1982), oral tradition does not merely convey information but also shapes ways of thinking, identity and social relations in a community. Osman (1988) likewise states that Malay folk tales are a form of oral tradition that conveys moral values and guidance for life to the young. Oral literature also serves as an educational medium containing spiritual and emotional elements. Yasin (1990) explains that the creative works of native communities were produced not only to entertain but also to give advice and educate through the values contained in their stories.
This view is reinforced by Danandjaja (1997), who states that traditional literature is handed down orally from generation to generation. Told orally, folk tales serve not only as entertainment but also carry important religious, cultural and moral values. The characters and plots convey values such as responsibility, patience, courage and mutual respect that can be applied in daily life. Rahmat (2016) likewise stresses that the combination of entertainment and instruction in folk tales can shape children's identity towards better character. Traditional oral storytelling acts as a form of emotional therapy that not only builds inner strength and spiritual maturity but also fosters spiritual balance and emotional stability in the community (Yaacob, 2022).

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  3. 3Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
6
Pages
107–130
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521