e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Mariam Abd Majid, Aisyah Humairak Abdul Rahman, Abur Hamdi Usman, Khairani Kaharuddin, Nurzatil Ismah Azizan, Noraini Mohamad, Noor Hafizah Mohd. Haridi, dan Zainab Ismail
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Pre-Press
DOI: https://doi.org/10.47836/jssh.33.6.01
Keywords: Aplikasi teknik Fuzzy Delphi, elemen pembangunan sosial, Malaysia, pusat pemulihan akhlak, remaja delinkuen
Published: 2025-12-02
Aspek pembangunan sosial penting diberi penekanan dalam program pengukuhan jati diri remaja delinkuen di pusat pemulihan akhlak. Implikasi ketandusan kemahiran dan nilai sosial ini boleh menyumbang terhadap rasa terasing atau terpinggir bekas pelatih remaja delinkuen yang keluar dari pusat pemulihan akhlak. Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen-elemen yang perlu diberi keutamaan dalam pembangunan sosial remaja delinkuen di pusat pemulihan akhlak serta meneroka kaedah praktikal untuk pelaksanaan elemen-elemen yang telah dikenal pasti dalam program pemulihan sedia ada. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif melalui aplikasi Fuzzy Delphi, dengan skala likert 7 mata bagi mencapai kesepakatan pakar secara lebih tepat dan sistematik. Kajian mendapati tiga elemen bagi pembangunan aspek sosial pelatih remaja delinkuen di pusat pemulihan akhlak, iaitu memberi pengiktirafan terhadap khidmat sosial yang diberikan, bimbingan aspek komunikasi (interpersonal) dan melibatkan pelatih remaja dalam khidmat sosial masyarakat, komuniti, masjid dan surau. Ketiga elemen ini mendapat konsensus pakar dengan tahap kesepakatan melebihi 75% peratus, nilai threshold kurang daripada 0.2 (d<0.2) dan nilai a-cut melebihi 0.5. Pelaksanaan program pembangunan elemen sosial terhadap para pelatih remaja delinkuen di pusat pemulihan berupaya meningkatkan keyakinan, motivasi, keupayaan komunikasi dan perasaan diterima dalam masyarakat sekali gus menjayakan usaha perubahan diri mereka ke arah masa hadapan yang lebih baik.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Share this article
Recent Articles