Home / Regular Issue / JSSH Vol. 5 (1) Mar. 1997 / JSSH-0081-1997

 

Hubungan Nilai Keija dengan Jantina, Umur dan Pengalaman Mengajar Guru Pelatih

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 5, Issue 1, March 1997

Keywords: Nilai keija, sikap kerja, latihan guru

Published on:

Untuk berjaya di dalam pekerjaan, seseorang itu perlu mempunyai bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga nilai kerja yang baik. Kajian ini meninjau dua belas nilai kerja guru pelatih Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan hubungan di antara nilai-nilai kerja tersebut dengan jantina, umur dan pengalaman mengajar. Secara amnya, guru pelatih UPM mempunyai nilai kerja yang baik. Mereka menganggap perkembangan kendiri, ganjaran ekonomi dan pekerjaan terjamin sebagai sangat penting, manakala kreativti, keadaan tempat kerja, stail hidup dan autonomi sebagai sederhana penting. Nilai seperti kepelbagaian, autoriti, hubungan sosial, resiko dan prestij dianggap sebagai kurang penting kepada mereka. Selain itu, hubungan rendah yang signifikan wujud antara nilai kerja secara keseluruhan dengan pengalaman mengajar dan umur. Pada keseluruhannya, guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar dan berumur muda didapati mempunyai nilai kerja yang lebih baik daripada guru pelatih yang mempunyai pengalaman mengajar. Guru pelatih lelaki didapati lebih mementingkan kreativiti dan autoriti daripada guru pelatih perempuan. Guru pelatih yang tiada pengalaman mengajar didapati lebih mementingkan kepelbagaian, resiko dan prestij daripada guru pelatih yang berpengalaman mengajar. Umur didapati mempunyai hubungan rendah yang negatif tetapi signifikan dengan stail hidup, autoriti, resiko dan prestij. Hubungan ini menunjukkan bertambah berumur guru pelatih, kepentingan nilai tersebut kepada mereka berkurangan. Antara cadangan hasil daripada dapatan kajian ialah member ganjaran yang setimpal untuk menarik minat generasi muda menjadi guru, memberi lebih autonomi kepada guru, menggalakkan guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dan memberi tugas yang lebih mencabar kepada guru muda.

ISSN 0128-7702

e-ISSN 2231-8534

Article ID

JSSH-0081-1997

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles