Home / Regular Issue / JSSH Vol. 30 (4) Dec. 2022 / JSSH-8679-2022

 

Peristiwa dan Kenangan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari

Rosnani Ibrahim, Muammar Ghaddafi Hanafiah and Shaiful Bahri Md. Radzi

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 30, Issue 4, December 2022

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.30.4.23

Keywords: Kajian perbandingan, kepengarangan, kontemporari, kritikan sastera, syair diraja

Published on: 15 December 2022

Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) merupakan rakaman terakhir sejarah golongan diraja. Golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre. Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah penulisan. Corak kepengarangan sedemikian mula menjadi lemah apabila sastera moden berkembang. Sedangkan, pada abad ke-16 hingga ke penghujung abad ke-19, syair ialah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan mengenai sultan pada zamannya. Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian iaitu Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim Said dan Syair Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah Masrom. Kedua-dua teks syair diraja ini dijadikan sampel kajian. Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai objek penulisan. Peristiwa dan kenangan menjadi idea kepengarangan yang digunakan oleh kedua-dua penulis dalam mempersembah penceritaan berhubung raja-raja mereka. Kaedah kaji banding diapliaksikan semasa meneliti kepengarangan penulis dalam mempersembahkan idea rakaman sejarah diraja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan persamaan kepengarangan dalam merakamkan peristiwa dan kenangan yang berlaku semasa perjalanan hidup raja mereka.

  • Abdul Halim “R”. (2006). Syair Kedah Darul Aman. Persatuan Sejarah Malaysia.

  • Aziz Deraman, Baharin IIlias, & Muhammad Ikhram Fadhly. (2020). Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Harun Mat Piah. (1987). Konsep-konsep pembahagian dan pencirian. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Ibrahim Mohd Said. (2009) Syair Sultan Azlan Shah, Putera Berjiwa Rakyat. Jabatan Arkib Negara.

  • Jelani Harun. (2015). Syair tawarikh Zainal Abidin yang ketiga sebuah karya agung Terengganu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3(2), 3-15.

  • Maskiah Masrom. (2018). Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Jabatan Diraja Johor, Istana Besar.

  • Muhammad Yusuff Hashim. (1991). Terengganu Darul Iman tradisi persejarahan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Muhd Yusof Ibrahim. (2009). Syair Tun Abdul Razak Hussein Perdana Menteri Malaysia Kedua. Tinta Publishers.

  • Noriah Mohamed. (2001). Syair Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar di Negeri Johor. Yayasan Warisan Johor.

  • Sunardjo, N., Sulistiati, & Yeni, M. (2001). Analisis struktur dan nilai budaya syair bertema sejarah: Syair Sultan Mahmud di Lingga. Syair Perang Banjarmasin dan Syair Raja Siak. Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional.

  • Wan Hashim Wan Teh. (1989). Riwayat hidup DYMM Sultan Azlan Shah. Universiti Kebangsaan Malaysia.