PERTANIKA JOURNAL OF SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES

 

e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702

Home / Regular Issue / JSSH Vol. 33 (3) Jun. 2025 / JSSH-9127-2024

 

Kata Kerja Tak Ergatif dan Kata Kerja Tak Akusatif dalam Dialek Perak Tengah: Analisis Pendekatan Program Minimalis

Nurul Ain Alizuddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Siti Noraini Hamzah

Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 33, Issue 3, June 2025

DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.33.3.01

Keywords: Dialek Perak Tengah, kata kerja tak akusatif, kata kerja tak ergatif, kata kerja tak transitif, Program Minimalis

Published on: 2025-06-26

Dialek Perak ialah salah satu variasi dialek bahasa Melayu yang memiliki ciri-ciri tersendiri dalam segi tatabahasa, kosa kata dan intonasi. Dialek ini dikatakan unik kerana penggunaannya hanya terdapat di negeri Perak sahaja. Justeru, kajian ini memfokuskan penggunaan kata kerja tak ergatif dan kata kerja tak akusatif. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kata tak kerja akusatif dan kata kerja tak ergatif yang digunakan dalam dialek Perak Tengah berpandukan kerangka Program Minimalis. Kajian kualitatif ini dijalankan di Kampung Chopin Kanan yang terletak di kawasan Mukim Belanja di daerah Perak Tengah. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang penutur natif dialek Perak Tengah. Analisis kajian mendapati bahawa kata kerja tak transitif dialek ini terdiri daripada kata kerja tak ergatif yang menandakan argumen luaran, iaitu subjek berperanan sebagai agen dan kata kerja tak akusatif yang menandakan argumen dalaman serta subjek berperanan sebagai tema. Hasil kajian juga mendapati kewujudan kala lepas dan kala kini dalam binaan ayat dialek Perak Tengah. Secara keseluruhan, analisis kajian ini dapat menyumbang kepada penghuraian secara deskriptif dan teoritikal. Dengan itu, kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada perkembangan ilmu sintaksis bahasa Melayu khususnya kata kerja di Malaysia.