e-ISSN 2231-8534
ISSN 0128-7702
Muhammad Norsyafiq Zaidi, Rahim Aman dan Shahidi A. Hamid
Pertanika Journal of Social Science and Humanities, Volume 33, Issue 3, June 2025
DOI: https://doi.org/10.47836/pjssh.33.3.17
Keywords: Dialek Melayu, fonem proto, konsonan, rekonstruksi, Sungai Pahang
Published on: 2025-06-26
Kajian ini memfokuskan kepada pembinaan semula bentuk-bentuk fonem konsonan purba yang dituturkan oleh masyarakat Melayu yang menetap di sepanjang lembangan Sungai Pahang. Penelitian berbentuk kualitatif dimanfaatkan dalam kajian ini dan dipadankan dengan usaha cerapan data di lapangan melalui proses temu bual. Proses cerapan data ini dilaksanakan dengan merakam bentuk-bentuk pertuturan yang ditransliterasikan kepada bentuk simbol bunyi. Untuk analisis data, kajian telah menggunakan kerangka Teori Rekonstruksi untuk membina semula fonem-fonem yang berpotensi untuk diangkat sebagai fonem purba, melibatkan sekurang-kurangnya 18 fonem termasuk *p, *b, *t, *d, *k, *ɡ, *m, *n, *ɲ, *ŋ, *tʃ, *dʒ, *s, *ɣ, *h, *l, *j dan *w. Empat perkara utama disentuh dalam bahagian perbincangan, termasuk dapatan fonologi daripada kajian terdahulu, isu pensampelan informan, serta status terkini penelitian diakronik di Sungai Pahang. Kajian ini menekankan kepentingan metodologi yang saksama dalam pemilihan informan bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah sahih dan relevan. Penelitian ini memberikan sumbangan signifikan kepada bidang linguistik dengan melaksanakan rekonstruksi fonologi yang komprehensif, membantu dalam memahami evolusi dan penyebaran dialek Melayu di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, hasil dapatan ini memerlukan penelitian lanjut berkenaan vokal dialek Melayu Sungai Pahang sebelum ujian kekerabatan menggunakan teori klasifikasi antara Malayik purba (MP) dengan dialek Melayu Pahang purba (DMPP) serta intervariannya dapat dilaksanakan.
ISSN 0128-7702
e-ISSN 2231-8534
Related Articles