Home / Regular Issue / JTAS Vol. 3 (1) Mar. 1995 / JSSH-0040-1995

 

Kepuasan Keija di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti Pertanian Malaysia

Ghazali Hasan dan Turiman Suandi

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 3, Issue 1, March 1995

Keywords: Kepuasan kerja, pengawal keselamatan

Published on:

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kepuasan kerja di kalangan pengawal keselamatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbangkan pengaruh terhadap tahap kepuasan kerja mereka. Soalselidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek pekerjaan dan kepuasan kerja 96 orang pengawal keselamatan UPM yang dipilih secara rawak. Data telah diproses dengan menggunakan Pakej Stadstik untuk Sains Sosial (SPSS PC+). Pembolehubah bebas yang merangkumi ciri-ciri demografi, faktor organisasi dan faktor dimensi kerja telah digunakan dalam model kajian bagi menerangkan pengaruh terhadap kepuasan kerja mereka. Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pengawal keselamatan merasa puas dengan pekerjaan mereka pada tahap yang sederhana dan tinggi. Penemuan kajian juga menunjukkan faktor-faktor polisi organisasi, peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja pengawal keselamatan. Faktor polisi organisasi adalah faktor terpenting yang memberi sumbangan pengaruh terhadap model kajian ( R2 = 0.50, P < 0.05), diikuti oleh peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas. Faktor-faktor tersebut adalah merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja mereka. Manakala faktor-faktor umur, jawatan, pendapatan, tempoh perkhidmatan, kerja itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja mereka.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0040-1995

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles