Home / Regular Issue / JTAS Vol. 5 (2) Sep. 1997 / JSSH-0084-1997

 

Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Penilaian Kualitatif

Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 5, Issue 2, September 1997

Keywords: Penilaian kualitatif, pengajaran kemahiran karangan Bahasa Melayu, pendidikan guru Bahasa Melayu

Published on:

Artikel ini akan membincangkan dapatan satu kajian kes tentang bentuk pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Selangor. Pencerapan ini dilakukan dalam dua semester pengajian di sekolah tersebut. Dalam kajian ini, bentuk pengajaran dua guru di Tingkatan Empat telah dilihat. Dapatan pencerapan ini menunjukkan bahawa penumpuan guru lebih diberikan terhadap ‘hasil karangan’ daripada proses mengarang itu sendiri. Hal ini ditunjukkan oleh bentuk pengajaran guru yang linear dan pendekatan pengajaran yang menekankan aspek input isi daripada strategi mengarang. Bentuk pengajaran ini lebih berorientasi untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan dan bukan kepada latihan mempertingkat kemahiran mengarang di kalangan pelajar. Bentuk pengajaran ini membawa implikasi terhadap perancangan dan penyediaan bakal guru di maktab perguruan dan universiti.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0084-1997

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles