Home / Regular Issue / JTAS Vol. 5 (2) Sep. 1997 / JSSH-0085-1997

 

Hubungan Keberkesanan Latihan dengan Prestasi Kerja

Abdul Latif Abdul Kadir dan Maimunah Ismail

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 5, Issue 2, September 1997

Keywords: Keberkesanan latihan, prestasi kerja

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan latihan dan hubungannya dengan prestasi kerja pegawai kastam lantikan baru yang telah mengikuti Kursus Program Pengajian Asas Operasi Perkastaman (PPAOP) di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka. Data kajian diperolehi daripada 84 responden melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Hasil kajian menunjukkan kursus ini telah memberi kesan positif ke atas prestasi kerja pelatih. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang rendah dan positif di antara dimensi latihan dengan prestasi kerja selepas latihan. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan positif dan perbezaan yang signifikan di antara dimensi prestasi kerja sebelum dan selepas latihan. Kajian ini menunjukkan AKMAL telah berjaya memainkan peranannya dalam menyediakan anggota Jabatan yang kompeten. Kajian mengesyorkan pengurusan AKMAL perlu memberikan perhatian yang lebih serius terhadap mutu metodologi dan alat bantuan mengajar (ABM), fasilitator, modul kastam dan modul pengurusan terutamanya dari aspek kandungan, metodologi dan teknik pengajaran.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0085-1997

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles