Home / Regular Issue / JTAS Vol. 5 (2) Sep. 1997 / JSSH-0086-1997

 

Pendapatan dan Pembelanjaan Pekeija Migran Wanita: Suatu Perbandingan antara Sektor Awam, Industri dan Jualan

Laily Paim dan Nurizan Yahaya

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 5, Issue 2, September 1997

Keywords: Penggunaan, perbelanjaan, pola perbelanjaan, kesejahteraan material

Published on:

Kajian ini bertujuan mengkaji corak pendapatan dan perbelanjaan pekerja migran wanita Semenanjung Malaysia. Seramai 969 pekerja wanita yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang telah berhijrah dari tempat kelahiran ke tempat lain dipilih sebagai responden kajian. Responden telah dipilih secara rawak berlapis dari lima zon iaitu utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), tengah (Perak dan Selangor), selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), dan metropolitan (Kuala Lumpur). Responden mewakili sektor awam (41%), industri (38%) dan jualan (21%). Hasil kajian mendapati bahawa wanita yang dikaji kebanyakannya masih bujang, muda (purata umur 24 tahun) dan berpendidikan setakat SPM. Analisis Chi-square menunjukkan terdapat perbezaan pendapatan yang signifikan mengikut sektor, kumpulan umur, dan taraf pendidikan. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan, perumahan dan pengangkutan mengikut sektor, umur, taraf pendidikan dan taraf perkahwinan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0086-1997

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles