Home / Regular Issue / JTAS Vol. 7 (2) Sep. 1999 / JSSH-0113-1999

 

Cadangan Model Teoritikal bagi Menilai Kecekapan Pelaburan dalam Pembangunan Tanah Rizab Melayu

Nor Ghani Md. Nor dan Mohd Azlan Shah Zaidi

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 7, Issue 2, September 1999

Keywords: Tanah Rizab Melayu, oportunisme, pelaburan optimal, kos transaksi

Published on:

Tanah Rizab Melayu (TRM) meliputi 33.55% tanah di Malaysia yang boleh diusahakan secara produktif. Malangnya banyak kajian yang telah dibuat menunjukkan sumber pengeluaran yang sebegini besar tidak berjaya digembleng oleh pemilik untuk mencapai potensi ekonominya yang sebenar. Penyelesaian kepada masalah ketidakcekapan penggunaan sumber ini memerlukan teori yang boleh menerangkan mengapa keadaan ini wujud. Walaupun ada beberapa idea yang telah dilontarkan untuk menjelaskan fenomena ini, idea-idea tersebut tidak berdasarkan teori ekonomi yang tegar. Kertas ini mengusulkan satu teori ekonomi yang mudah tetapi tegar, untuk menerangkan (dari segi ekonomi) mengapa pemilik-pemilik TRM membuat pelaburan yang lebih rendah dari tahap yang cekap, sekali gus menerangkan mengapa TRM kurang dibangunkan potensi ekonominya. Kertas ini menyarankan bahawa kos transaksi dan oportunisme akibat dari pemilikan bertindih boleh mengakibatkan kurang berlakunya pembangunan TRM.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0113-1999

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles