Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (1) Mar. 2001 / JSSH-0132-2001

 

Perkaitan antara Kondisi Kerja dengan Penyesuaian dalam Perkahwinan di Kalangan Wanita Profesional

Safidah Abu Samah & Rozumah Baharudin

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 1, March 2001

Keywords: Kondisi kerja, persekitaran kerja, penyesuaian perkahwinan, perkahwinan, wanita berkerja, wanita perofesional

Published on:

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara kondisi kerja dan penyesuaian dalam perkahwinan di kalangan wanita profesional. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pekerja wanita profesional yang telah berkahwin di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Responden telah dipilih secara persampelan bertujuan. Maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Kondisi kerja telah diukur menggunakan skala yang telah dibina oleh pengkaji berasaskan beberapa skala kondisi kerja yang lalu. Manakala tahap penyesuaian responden dalam perkahwinan telah diukur menggunakan “Spanier’s Dyadic Adjustment Scale” (Spanier 1976). Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden mengalami tahap tuntutan dan tekanan kerja yang tinggi. Walaupun demikian, sebilangan besar daripada mereka melaporkan mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan dan mempunyai kualiti hubungan yang baik dengan majikan. Namun keadaan yang sebaliknya pula dilaporkan oleh kebanyakan responden berhubung dengan kualiti hubungan dengan rakan sekerja. Hasil kajian juga menunjukkan lebih daripada separuh responden yang dikaji mempunyai tahap penyesuaian yang rendah dalam perkahwinan. Analisis regresi berganda menunjukkan kelimalima subskala kondisi kerja dapat menerangkan sebanyak 46% daripada varian skor penyesuaian dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, hanya dua subskala iaitu tuntutan kerja dan kualiti hubungan dengan rakan sekeija didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penyesuaian dalam perkahwinan apabila kesemua subskala kondisi kerja dikawal secara statistik. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa kondisi yang dialami individu dalam pekerjaan boleh menyumbang kepada penyesuaiannya dalam perkahwinan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0132-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles