Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (1) Mar. 2001 / JSSH-0133-2001

 

Sokongan Sosial, Kualiti Hubungan dan Kesejahteraan Psikologi antara Anak Dewasa dengan Ibu Bapa

Tengku Aizan Hamid

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 1, March 2001

Keywords: Sokongan social kualiti hubungan, kesejahteraan psikologi, anak dewasa, ibu bapa

Published on:

Kajian ini mengenal pasti perkaitan antara sokongan sosial, kualiti hubungan anak dewasa dengan ibu bapa dengan kesejahteraan psikologi masing-masing. Perkaitan antara factor sosiodemografi (umur, jantina, status perkahwinan dan pendapatan) terhadap sokongan social serta kualiti hubungan antara anak dewasa dengan ibu bapa turut dikaji. Data 25 orang ibu, 25 orang bapa dan 50 anak dewasa menunjukkan kualiti hubungan yang tinggi akan menambahkan kesejahteraan psikologi anak dan ibu bapa. Anak dewasa muda dan ibu bapa yang berpendapatan tinggi mempunyai kualiti hubungan yang rendah. Anak dewasa muda juga jarang menerima sokongan sosial. Anak dewasa dan ibu bapa yang tinggal bersama perlu mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik antara mereka bagi menjamin kesejahteraan psikologi. Langkah-langkah perlu diambil bagi menggalakkan lagi persefahaman melalui komunikasi berkesan dan program-program perpaduan keluarga.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0133-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles