Home / Regular Issue / JTAS Vol. 9 (2) Sep. 2001 / JSSH-0135-2001

 

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 9, Issue 2, September 2001

Keywords: Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, stres, komponen teras

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam mempelajari komponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjek kajian. Kebanyakannya atau 76.7% merupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya merupakan pelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakan item yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati paling stres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resah apabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatif berkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajar Kemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar,

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0135-2001

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles