Home / Regular Issue / JTAS Vol. 10 (1) Mar. 2002 / JSSH-0145-2002

 

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie7 Abd. Rahim Bakar dan Mohd. Majid Konting

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 10, Issue 1, March 2002

Keywords: Keusahawanan, latihan dan pendidikan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan, aspirasi keusahawanan

Published on:

Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah. Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikan keusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai 1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapat pencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya. Terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiri dan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhana positif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0145-2002

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles