Home / Regular Issue / JTAS Vol. 11 (1) Mar. 2003 / JSSH-0162-2003

 

Perbandingan Pencapaian Kognitif, Afektif dan Kompetensi Pelajar Program Keusahawanan Remaja yang Berlainan Latar Belakang Keluarga

Norasmah Hj. Othman & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 11, Issue 1, March 2003

Keywords: Pencapaian kognitif, afektif, kompetensi pelajar keusahawanan

Published on:

Keadaan persekitaran yang sesuai berkemungkinan besar dapat mengembangkan bakat dan kebolehan seseorang ke tahap tinggi dalam bidang-bidang yang diperlukan masyarakat. Persekitaran yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan latar belakang seseorang. Banyak kajian menyatakan latar belakang serta pegangan tradisi seseorang memberi kesan terhadap pembentukan peribadi seseorang. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana latar belakang berupaya mempengaruh pencapaian kognitif, afektif dan kompetensi pelajar dalam bidang keusahawanan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan sebagai kaedah kajian. Set soal selidik dan ujian telah digunakan untuk menguji pencapaian kognitif, afektif dan kompetensi. Seterusnya, perbandingan pencapaian kognitif, afektif dan kompetensi pelajar Program Keusahawanan Remaja yang berlainan latar belakang keluarga telah dibuat melalui ujian MANOVA. Ujian ini telah digunakan dalam usaha mengenal pasti persamaan dan perbezaan yang mungkin wujud dalam pencapaian pelajar. Hasilnya, dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0162-2003

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles