Home / Regular Issue / JTAS Vol. 13 (1) Mar. 2005 / JSSH-0193-2005

 

Peranan Media Internet Arab dalam Meningkatkan Kemahiran Mendengar dan Membaca di Kalangan Pelajar Melayu: Suatu Tinjauan

Abd Rauf Dato Haji Hassan Azhari

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 13, Issue 1, March 2005

Keywords: Media internet, laman web, aspek kebahasaan, kemahiran mendengar dan membaca, Multimedia

Published on:

Makalah ini bertujuan untuk mengkaji secara deskriptif mengenai maklumat-maklumat jarring bahasa Arab. la menyingkap beberapa laman web utama Arab seperti http://eyoon.fares.net, http://www, sendbad.net/, http://www.alsaha.com/ dan beberapa laman web utama yang lain. Di sini, penulis akan membandingkan antara laman-laman web utama ini dari pelbagai aspek kebahasaan dan pemerolehan maklumat. Di samping itu, penulis juga akan memfokuskan kepada dua kemahiran bahasa yang dapat dicapai melalui media internet, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran membaca. Kedua-dua kemahiran ini dapat dipertingkatkan melalui penggunaan beberapa laman web yang terpilih seperti http://www.islampedia.com, http://islamway.com/ dan selainnya. Penulis yakin, kesemua maklumat yang terdapat dalam makalah ini amat penting dalam mengembangkan pemikiran dan pembelajaran serta pengajaran bahasa Arab di negara ini selari dengan perkembangan multimedia di era globalisasi ini.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0193-2005

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles