Home / Regular Issue / JTAS Vol. 14 (2) Sep. 2006 / JSSH-0217-2006

 

Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi

Zanaton Hj. Ikhsan, Lilia Halim & Kamisah Osman

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 14, Issue 2, September 2006

Keywords: Pelajar Sains, peringkat menengah, matrikulasi, sikap

Published on:

Kekurangan penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap pelajar terhadap Sains mungkin dapat menawarkan penjelasan kepada masalah pelajar yang sering mengasingkan diri daripada penglibatan dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar berdasarkan peringkat pendidikan. Kajian dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibina hasil daripada pengubahsuaian instrumen dengan memperoleh nilai kebolehanpercayaan 0.70. Seramai 493 pelajar dari Tingkatan 2, 4 dan Matrikulasi telah menjawab soal selidik mengenai sikap terhadap Sains. Soal selidik mengenai sikap terhadap Sains yang terdiri daripada 48 item adalah bersifat multidimensi (iaitu persepsi terhadap guru Sains, kerisauan terhadap Sains, kepentingan Sains dalam masyarakat, konsep kendiri dalam Sains, keseronokan dalam Sains dan motivasi dalam Sains). Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelajar terhadap konsep kendiri dalam Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain. Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam bidang Sains seterusnya di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0217-2006

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles